11

9K 328 68
                                    

buu kena tunggu lama😈😈

Dhiya menjeling skrin yang menunjukkan nama si pemanggil. Dia menjeling dan menjeling sehingga Mak menegur.

"Dah kenapa muka macam tu? Bela saka je gaya."

Juihnya naik menyampah sebelum tangannya membalikkan iPhone daripada terus memampangkan nama si pemanggil. Matanya kembali menonton TV. Handphone Mak berbunyi menandakan WhatsApp masuk. Tu mesti group sekolah Mak. Tak pun group family jauh.

"Ngah. As WhatsApp Mak ni suruh kau angkat call dia."

"Malas."

"Dia ada depan rumah dah."

"Malas."

"Baru hari ni dia sempat nak jumpa angah sebab tiga hari ni dia busy."

"Malas."

"Ada hal penting dia nak bincang."

"Malas."

"Hish budak ni. Kau bangun sekarang."

Dhiya memandang Mak yang sudah berdiri bercekak pinggang memandangnya. Nak tak nak dengan free hair begitu dia keluar saja berjumpa Asfa. Matanya menjeling Asfa yang tidak keluar pun dari kereta. Apabila dia sudah sampai di tepi kereta, cermin seat penumpang diturunkan.

"Baby pakai hoodie. Teman As jap makan burger."

Dia mahu menengking tetapi tidak jadi. Sebab As memanggilnya 'baby'. Dan sebab besar kerana dia turut ada benda penting yang mahu dikhabarkan kepada lelaki itu secara berdepan. Jadi dia mengikut saja masuk kembali ke dalam rumah. Mak memang tidak bertanya dah jika setiap kali dia keluar bersama Asfa. Betapa Mak begitu mempercayakan lelaki itu. Tetapi lelaki itu masih lelaki. Dengan geram, dia menyarung black hoodie ini menutup kepala yang sudah disimpul rambutnya sebelum mencapai purse.

Mereka diam saja di dalam kereta. Matanya memandang luar. Asfa memandu ke kawasan perumahan bertentangan. Jadi jauh sikit lah dari rumah. Takpe aku bawa phone aku boleh balik naik Grab. Akhirnya, Asfa berhenti di tepi jalan di hadapan satu stall burger.

"Nak burger tak?"

"Taknak."

Dia tidak memandang langsung Asfa yang keluar daripada kereta. Beberapa minit kemudian, Asfa kembali masuk sekaligus lelaki itu meletakkan satu burger di atas ribanya. Tanpa memandang, dia capai burger ini sebelum meletakkan endah tidak endah sahaja ke atas dashboard.

"Orang dah beli tu makan je lah."

Dia diam malas hendak berbunyi. Suasana diam. Matanya masih memandang luar dan kereta kembali bergerak. Dia beria memandang cuba menghafal keberadaan diri. Akhirnya Asfa berhenti di tepi taman yang tidak gelap sangat. Cuma kawasan lapang saja tiada orang. Mana budak-budak yang selalu main basikal lajak kat sini? Kedengaran keriuk plastik bermakna Asfa baru mahu makan. "Saya nak putus."

Asfa mengangguk saja. Dia mengesat bibirnya dengan tisu. "Jap jap tunggu As habis makan." Sambil makan, matanya mengerling memandang tubuh Dhiya yang tidak bergerak sedari tadi. Khusyuk entah apa-apa memandang kegelapan yang tiada fungsi itu. Kepalanya berfikir cara untuk berbincang secara diplomasi sikit. Berdasarkan daripada cerita Opie tiga hari lalu, Dhiya marah mungkin kerana dia tidak memberitahu. Dan juga marah kerana dirinya diintip. Kalau aku umpan pakai kiss ke apa ke baik takpayah. Mahu kepala aku kena lempang dah memang dia nak bising pasal 'aku ni lelaki aku ni lelaki' jelah satgi.

"Nak cakap ke tak?"

"Sabar lah. Tengah makan ni."

Dhiya merengus semakin kemas berpeluk tubuh. Asfa sudah habis makan sebelum kedengaran lelaki itu meneguk air pula.

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz