4

5.8K 328 48
                                    


Dua minggu berlalu. Dan selama itu, tiada progresi indah pun. Kerana Dhiya masih banyak meluangkan masa di hadapan Vivobook. Ada kalanya dia terlupa kehadiran Asfa sehingga Asfa yang menghubunginya. Ketika berborak pun, tiada banyak perbualan kerana Dhiya membalas sepatah itu pun jika perkara penting yang ditanya.

Selama dua minggu itu: 1) FaceTime hanya sekali dan Dhiya memakai tudung. Itu pun selama 3 minit kerana Dhiya mematikan dahulu di alasan ada kerja. 2) Keluar malam tiada. 3) Tidak seperti boyfriend-girlfriend malahan tidak seperti kenalan kerana kekekokan Dhiya. 4) Berborak di telefon tidak selalu berangkat kerana kekerapan Dhiya membuat Do Not Disturb mode. 5) Bulan ini merupakan bulan Ramadhan jadi kepenatan yang dirasa masing-masing agak berlainan; Dhiya dengan penulisannya dan Asfa dengan stand-by shift nya di kilang.

Sehingga lah minggu ketiga.

Dhiya memandang saja skrin iPhone yang memampangkan nama Asfa. Apabila skrin itu gelap, dia kembali memandang Vivobook. Kemudian, tab nya pula yang berbunyi. Berkerut keningnya apabila nombor itu yang muncul. Dah kenapa mamat ni sampai call tab aku? Pun dia tidak mengangkat. Sejurus itu, WhatsApp pula yang muncul di tab miliknya.

angkat call As jap

Setelah dua kali deringan iPhone, baru lah Dhiya menjawab.

"Dhiya."

"Ya?"

"Ya Allah, Dhiya."

"Kenapa, As?"

"Kalau macam ni lah perangai, As accident ke apa ke Dhiya memang tak kisah."

Berkerut terus keningnya.

"Dua hari diam ni kenapa? Takde text takde call As. As text call semua takdek respon. Okay ke tak ni?"

Keningnya semakin berkerut. "Okay je. Saya kan busy."

"Ingat As makan tidur makan tidur je lah tiap hari? As pun kerja."

Terdiam.

"Ingatkan gaduh. Diam je tak kisah langsung ke orang."

Diam.

"Goodnight ke goodmorning ke apa semua tadek."

Keningnya kembali berkerut. "Eh saya bukan budak sekolah lah nak buat macam tu. Geli. Dah lah saya nak sambung buat kerja."

"Petang ni As datang rumah. Kita gi bazar. Bye."

Tiada salam tiada apa, terus talian mati. Dhiya memandang skrin dengan kerutan kening. Kemudian, muncungnya pula naik. Bibirnya dikemam menahan serba salah. Sebenarnya, dia tak pandai bercinta. Di media sosial pun, sudah berbulan dia block semua cerita mengenai pasangan berkasih seperti screenshot, gambar partner, dating Ikea, pre wedding, etc. Pendek kata every antics in a relationship dia lah yang paling jahil. Semuanya dia block kerana hatinya jelik melihat semua itu. Lagipun dirinya dah memang aim taknak kahwin kan jadi dia tidak ingin langsung lah untuk membaca semua itu kerana begitu benar-benar mahu mematikan keinginan berpasangan.

Penghijrahan.

Dia pejam mata bersandar kepala ke dinding.

Tiada apa yang berlaku. Dia masih seperti dulu. Penghijrahan hanya pada kata. Hatinya mahu tetapi entah kenapa kakinya masih tidak bergerak-gerak melangkah not even setapak ke arah lain. Masih kaku berdiri di tempat sama. Dan setiap kali kakinya mahu melangkah, penyudahnya tetap tidak terjadi juga. Hanya terawang-awang di udara dan kembali tapak kakinya tetap terlekat di titik yang sama. Kaku berdiri di dalam kedapan sesak udara sendiri.

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Where stories live. Discover now