6

5.6K 294 62
                                    




"Pergi dulu, Mak."

Asfa tersenyum kepada Puan Rohaya yang tersenyum lebar memandang dia dan Dhiya. Apabila sudah hilang bayang Puan Rohaya, Asfa terus menghulurkan tangan kirinya kepada Dhiya. Matanya mengerling Dhiya yang turut sama menjelingnya. Dhiya tidak beriak tetapi hanya terus menyambar lengannya. Terus ketawanya pecah. "Amboi macam nak makan lengan orang."

Dhiya menjelirkan hujung lidahnya sebelum kembali memandang depan. Diam beberapa saat sebelum matanya mengerling memandang Asfa pula yang sedang fokus memandu. Bibirnya tersenyum rapat memandang lengan Asfa yang tersadai di antara mereka di cup holder dengan jemarinya mencengkam lembut. Hehe. Panas macam biasa. Amannyaaaa. "Saya suka lengan As."

Asfa tersenyum lucu. "Tak payah cakap pun, Dhiya. As memang dah tahu."

Dhiya memandang Asfa. "Tahu apa?"

Asfa memandang Dhiya dengan senyum. "Zone out lagi lah tu. Berangan kuat eh? Dhiya cakap Dhiya suka lengan As, As pun jawab je lah As memang dah tahu. Tu je."

Dhiya diam kembali memandang lengan Asfa.

Asfa berhenti di traffic light jadi terus lah dia memandang Dhiya. Mahu hilangkan rindu di hati. Bibirnya tersenyum memandang Dhiya yang diam saja memandang jemari sendiri yang melekap di lengannya. Jemari kecil itu tidak bergerak; tidak mencengkam, tidak memicit, tidak berbuat apa-apa. Hanya melekap saja. "Dhiya."

Dhiya angkat muka memandang Asfa yang tersenyum dan yang mengerutkan hidung menjadikan mata lelaki itu semakin mengecil memandangnya. Keningnya berkerut tidak faham.

"Rindu."

Terdiam dia. Ingatkan apa. Dia mencebir sebelum kembali memandang lengan Asfa.

Asfa ketawa kecil. "Dhiya ni kenapa suka sangat dengan lengan As eh?" Dia mengangkat kening kepada Dhiya yang mengerling memandangnya. Nampak kedua pipi itu merah. Mata itu pula sangat lah cantik mengerling tak berdosa macam tu. Addudududu.

Dhiya diam lama sebelum menjawab. "Sebab panas suam gitu. Suka pegang. Rasa macam tengah charge bateri."

Asfa ketawa lucu sebelum kembali memandu. Sudah terbiasa memandu sebelah tangan begini, jadi alhamdulillah sekarang sudah tiada masalah. Jika tidak, terkial-kial lah juga dulu nak tukar gear segala. Lagipun dia memandu relaks saja tidak terkejar-kejar. Tiba-tiba dia terasa sentuhan lain. Dia mencuri pandang. Kepala Dhiya sudah seperti biasa; melekap di lengan atasnya. Kedua jemari Dhiya pula masih melekap di lengannya menjadikan gadis itu agak bongkok dan merendah. "Cuba Dhiya pegang jari As. Lagi selesa."

Dhiya memandang Asfa. Kemudian, dia bergerak memautkan jemari kanannya dengan jemari kiri Asfa menjadikan lengan mereka saling melekap dipisahkan oleh lengan bajunya saja. Kemudian dia kembali memandang Asfa yang senyum dan mengangguk kepadanya. Tangan kanan Asfa bergerak menepuk lengan atas kiri sebelum tangan kanan itu kembali ke stereng. Tanpa kata, perlahan-lahan dia menjatuhkan kepalanya ke lengan atas itu.

Asfa memandang kepala Dhiya yang kelihatan keras saja. Beberapa ketika baru lah Dhiya membalas genggamannya dan kepala itu mula relaks menindih lengan atasnya. Dia senyum dan kembali fokus memandu. Perhatiannya teralih lagi apabila terasa pautan kecil tangan kiri gadis itu di pelipat lengannya pula. Dhiya juga semakin rapat dengannya sekaligus lengan mereka saling rapat bertindih. Sehingga dia boleh merasakan bra yang dipakai Dhiya. Keningnya berkerut.

"Jangan sia-siakan saya, As."

Kelu. Tidak jadi dia meneruskan apa yang meniti di bibir. Sebaliknya dia membalas apa yang gadis itu mahu dengari sama berbisik juga. "As janji, Dhiya. Shhh Dhiya rehat ya."

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Where stories live. Discover now