bubble

11.1K 456 20
                                    

ini bukan bab pertama. ini like a teaser saya gumpalkan seperti coretan. so... hehehe. get a butcher.



Matanya memandang orang ramai yang baharu datang juga yang sudah mahu pulang. Sambil itu, mulutnya mengunyah donut dengan sebelah tangannya menongkat kepala. Matanya memandang kawan sekolah yang bergelar raja sehari itu sedang meriah bergambar dengan tetamu yang hadir. Matanya memandang pula lelaki yang sudah bergelar suami kepada kawan sekolahnya itu.

Best ke bercinta dari sekolah? Lepas tu bila dah cukup duit terus kahwin? Memang lah dah ramai kawan sekolah yang kahwin. Yang kahwin paling awal si Ajmal, masa umur 23. Aku masa tu tertonggeng tonggeng lagi cari kerja. Sekarang dah 26. Makin ramai yang kahwin, makin ramai yang dah timang anak.

Tapi... best ke kahwin? Hidup berdua. Hadap muka tu je tiap hari? Dah tak boleh bebas nak keluar rumah ke nak beli itu ini ke? Kena fikir expenses untuk orang lain. Memang la sekarang ni pun aku still kena fikir kewangan untuk orang lain. Tapi kahwin kena fikir expenses untuk orang tuuu je lah sampai... mati?

So...

...best sangat ke kahwin?

Ketawa kecil yang singgah di telinga, membuatkan lamunan kepalanya berderai terganggu. Dia memandang belakang ke arah tiga orang lelaki yang sedang ketawa kecil dan tersenyum-senyum memandangnya. Dia tunduk memandang baju kurung yang dipakai juga tudung yang terikat di bahu. Tiada kekotoran. Mesti keadaannya yang menongkat kepala termenung sambil menjamah donut menjadi hiburan mereka. Ah lantak pi. Jadi dia kembali menongkat kepala dan termenung memandang kawan sekolah itu yang masih bergambar melayan tetamu di pelamin.

Aku taknak kahwin. That's it.

"Hai. Duduk sini boleh?"

Matanya mengerling memandang seorang lelaki yang menegur dengan senyuman ramah berdiri di sisi mejanya. Salah seorang daripada tiga lelaki yang mengetawakan dia tadi.

Rewind.

Aku taknak kahwin. That's it.

Tetapi kemudian, lelaki ini lah yang menegur ini lah... yang aku letakkan harapan sebagai bakal suami.







"Angah kenapa tak suka si Asfa tu? Ma tengok baik budaknya. Masa angah denggi, dia lah yang beria datang jaga. Lepas tu, rela je sakit tangan kena sepit ketam masa nak rebus ketam nipah tu."

Matanya menjeling si mak yang beriak tenuk menunggu jawapannya. Sebelum matanya kembali menghadap laptop di riba. "Tak minat. Tak handsome." Dia tahu ma sudah berkerut muka seribu merenungnya tetapi dia buat tidak endah saja dengan pergerakan jemarinya sendiri yang sibuk menari di kekunci laptop.

"Rabun kuat sangat angah ni. Tinggi macam tu. Manis macam tu boleh dikata tak handsome."

"Ma je lah kahwin dengan dia."

"Hish!"







Sungguh aku benci melihat muka itu yang tersenyum mesra kepada ma dan adik.

Dia takde kerja lain ke duduk menyibuk dekat sini? Tahu lah kawan dia sebelah rumah aku je. Tapi aku sendiri tak kenal kawan dia tu. Lepas tu, dia ni pula beria bertandang ke rumah aku ni bukannya rumah kawan dia. Dah gila ke? Telan cengkerang siput ke jadi bodoh macam ni?

Matanya memandang pula wajah ma yang begitu suka mendengar cerita lelaki itu bergabung sekali dengan cerita adik.

Benda tahu yang seronok sangat. Tak pernah jadi ada orang lelaki rapat dengan mak aku sampai macam ni. Benda dia nak tahu. Ingat aku nak ke dia sangat ke? Dah lah gila. Bodoh pulak tu. Menyusahkan aku. Ni rumah aku, dah jadi macam rumah dia. Asal balik je, beria ma aku panggil ajak dia makan. Gila. Sakit otak lah aku tengok.

Malas mahu berlama-lama, jadi dia keluar saja keluar rumah mengorak langkah ke tepi taman.

Aku taknak kahwin. That's it. So please lah sedar diri pergi cari betina lain.

Dia tunduk memandang jemari di riba.

Semua lelaki sama. Modus operandi sama. Manipulated je semua. Bodoh.









"Ma suka dia sebab dia pandai jaga angah."

Senyum saja lah.

"Selalu keluar hantar angah balik awal. Takde lah macam sebelum-sebelum ni."

Senyum saja lagi.

"Solat pun tak tinggal."

Senyum saja lagi, Dhiya.

"Ma dah tak risau dah. Kalau apa-apa, ma percaya angah ke dia."

Alhamdulillah. Lagipun memang kami sudah suka sama suka. Memang merancang untuk berkahwin. Tetapi... segala yang ma bunyikan itu, tidak benar. Lelaki masih lelaki. Dan kenapa aku meneruskan? Kerana dia berjanji. Dan kerana dia serius. Dan kerana aku mencintai dia.

Begitu lah jadinya jika sudah cinta. Tambah-tambah pula kaum perempuan. Senang menjadi bodoh.










so? still a mystery, kan? hahhahhaa mmg saya nak stay a mystery. tapi kalau ada yang pandai teka, teka je. tengok nanti.

yg paling penting, ada rasa makin tak sabar nak baca tak??

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Where stories live. Discover now