15

7.3K 321 58
                                    


saya nk vote so please belanja ok masyeh 😈



"Baby."

"Hm."

Asfa mengerling. Gadis itu sedang membaiki selendang. Eii dah comel takyah la baiki dah. Itu lah perempuan. Tak pernah puas. "As dah cakap kat Mak pasal holiday. Mak kasi gitu je. So weekend ni kita gi Langkawi."

"ARRGHHHH!!!!"

"Bodoh! Apa Dhiya ni?" Sape tak terkejut? Accident kang apa citer? Hish!

Tidak endah akan selendang yang masih tidak kemas, terus dia peluk lengan kiri Asfa sebelum menggoyangkan ke kiri kanan. Lama dia bergegar menahan rasa pompom kesukaan yang serupanya mahu pecah, baru lah kepalanya angkat memandang sisi wajah Asfa yang berkerut menjelingnya marah. Bibirnya tersengih menunjukkan gigi. "Awak seksi sangat bila marah. Tapi eiii..." Dia kembali bergegar kesukaan. "Saya tak pernah pergi mana-mana tau. Ni awak nak bawa saya. Eiiiiii. Cukanya!!"

Hendak tak hendak, Asfa tersenyum juga. Dia usap kepala Dhiya sambil bersuara. "Ya sabar. Nanti cerita semua kat As. Dhiya gi bela tudung tu. As drive ni." Tiba-tiba pipi kirinya dikucup. Dia memandang Dhiya yang tersengih lebar membaiki selendang.

"Saya tak pernah gi mana-mana ha. Tak pernah travel. Masa saya sekolah je ada asrama bawak gi KL. Tapi tah duduk kat taman apa je tah, bukan gi KLCC pun. Yang tu jelah yang saya ingat. Saya ada rasa nak travel tapi malas sebab tadek geng lepas tu yelah busy. Ni... mmm tak sabarnya." Tubuh Dhiya berjoget ke kiri kanan sambil tangannya melilit selendang di kepala. Multitasking betul.

Asfa tersenyum. Rasa seronok mendengar. Ada juga rasa sedih yang singgah. "Takpelah. Lepas Langkawi kita gi tempat lain pulak. Langkawi tu nanti makan coklat puas-puas. Lepas segala serabut sawang semua eh?"

Dhiya memeluk lengan Asfa dengan kepalanya lentok di lengan lelaki itu sekaligus mendongak memandang Asfa. "Awak pernah sampai Italy, Dubai, Japan, Thailand, kan?"

Asfa mengangguk saja. "Dulu masa aktif travel dengan geng moto. Sambil tu konvoi. Sekarang busy lah. As nak kahwin dengan Dhiya je sekarang ni."

Dhiya menjeling.

Asfa membuat muka tidak endah. Gurau-gurau je pun. Podah.

Dhiya pejam mata memeluk lengan Asfa sekaligus menghirup bau Asfa. Rokok, bergamot, iron. Hmmm. Yang penting badan dia selalu panas. Nanti kat Langkawi dalam bilik aircond lepas tu ride dia punya tu sampai pancut. Eiii. Tubuhnya kembali bergegar kesukaan.

"Dhiya."

"Em."

"Dulu Mak pernah gi Langkawi eh?"

"Mm ada dia citer dulu masa muda-muda dia banyak juga jalan-jalan dengan kawan-kawan. Ada gambar dia dekat Ferris Wheels mana tah. Atas bukit apa semua. Tapi saya tak ikut perangai Mak suka travel gitu. Sebab malas. Banyak travel pun, Mak dulu berjimat cermat. Pandai saving. Tapi sebab dapat laki salah habis semua merudum. Duit saving pun habis."

Asfa mengangguk-angguk. "Takpelah tu. Yang penting Dhiya buat kerja Dhiya je. Ingat pesan As. Jangan stres stres. As tak suka tengok."

Dhiya mencebik. "Ni saya tengah happy ni awak sibuk fasal stres."

Asfa menggerudi perlahan kepala Dhiya yang lentok di lengan kirinya dengan penumbuk kanannya. "Eii As cakap, dengar. Dhiya tu kan nyanyuk selalu lupa."

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Where stories live. Discover now