3

6.1K 368 36
                                    




"Relaks je."

Dhiya tidak endah akan teguran Asfa dan hanya diam di sisi selepas menutup pintu kereta. Dia memandang pintu rumah tetapi sudah tertutup rapi. Difikir Mak ada memandang tetapi tiada. Jadi dia pun diam sahaja memandang depan di saat kereta yang dipandu Asfa ini meluncur pergi.

"Hanat."

Dhiya mengerling memandang Asfa. Faham je, lelaki apabila memandu suka mencarut. Seperti adiknya juga.

"Adu lah. Anaaat."

Dhiya mengerling lagi.

Asfa memandang Dhiya dengan riak memohon maaf. "Sorry. As bawa kereta memang bising sikit."

"Takpe. Faham je. Adik saya pun macam tu."

Apabila sudah keluar dari kawasan perumahan dan seterusnya ke jalan besar, barulah suasana yang sesak tadi agak terasa tenang sikit. Dhiya menarik nafas dan melepaskan perlahan. Beg di riba dipeluk kemas. Asfa memandang kirinya ke arah Dhiya secara terus ketika berhenti di traffic light. Dhiya perasan akan pandangan itu tetapi tetap juga dia mengkakukan diri dengan dagunya tinggi memandang depan.

"Dhiya, relaks. Cuba letak beg tu dekat bawah. Dah macam nak lari je."

Dhiya diam tidak berkutik beberapa saat sebelum bergerak akur meletakkan beg kemas-kemas di hujung kaki. Dan kemudian, tubuhnya kembali tegak memandang depan. Kedua jemari saling bertaut rapat dan secara tidak sedar, dia menarik hujung bajunya jika boleh mahu menutupi seluruh paha yang bersarung jeans.

Dia berasa sangat tidak selesa.

"Dhiya selesa tak?"

Apabila ditanya,  dia angguk saja.

"Kalau tak selesa, pakai seat belt."

Terus dia memandang Asfa. "Awak nak bawa laju? Nak kena accident?"

Kening Asfa terjungkit sebelum fokusnya kembali kepada pemanduan. Sambil lalu dia bersuara saja. "Takde lah. At least pakai seat belt Dhiya rasa ada protection sikit ke. Tak gitu?"

Dhiya diam berkerut kening. Dia nak cakap yang aku ni tak selamat ke dengan dia? Soalan itu tidak keluar tetapi matanya semakin tajam dan mengecil memerhati dan meneliti Asfa yang sedang memandu.

Sehingga lah di traffic light seterusnya, baru lah Asfa sedar pemerhatian Dhiya begitu terjurus kepadanya. Matanya terkebil-kebil. "Err kenapa?"

"Awak ajak saya keluar ni kenapa?"

Asfa semakin terkebil-kebil. "Aaaaa sebab As memang dah lama nak ajak Dhiya keluar?" Asfa memandang reaksi Dhiya tetapi apa yang dia nampak sepasang mata cantik itu semakin garang memandangnya. "As kan sukakan Dhiya. Ni kira As ajak dating lah."

Dhiya mengetap rahang. "Untuk apa dating?"

Asfa berkerut kening. "As nak buat Dhiya happy?"

Dhiya mencapai beg di kaki dan terus cuba membuka pintu. Asfa terkejut. Mereka masih di traffic light lagi. Jadi terus saja dia memegang pergelangan tangan Dhiya cuba menghalang perbuatan gadis itu. Dan terus lengannya ditampar kuat. Sakit! Terkejut dia memandang Dhiya. Dhiya juga memandangnya dengan mata bulat yang begitu tersentak. Dan takut. Dia nampak ketakutan di dalam mata Dhiya juga di raut wajah gadis itu. Tidak sempat dia bersuara, hon-hon kereta mula berbunyi bertalu-talu. Tidak menunggu lama, dia memandu sebelum melencong berhenti di tepi seketika. Dia sedar Dhiya semakin tidak diam memandang sekitar; kiri kanan depan belakang. Dengan berjaga-jaga, dia cuba memujuk dengan kedua tangannya ke depan cuba menenteramkan Dhiya. "Tak, tak. As tak sentuh. Dhiya, calm down. Kenapa ni?"

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Where stories live. Discover now