Spiritual by @aqilazme

1.1K 39 0
                                    


Spiritual by @aqilazme

Bila lihat ramai orang lebih prefer asātizah Barat yang lebih menekankan mesej da'wah yang "positive vibes", ia sebenarnya satu tanda kepada keadaan masyarakat kita.

Di Barat, mesej Islām lebih spiritual kerana masyarakat lebih banyak menghadapi krisis spiritual dan eksistential.

Materialisme ("the worship of material progress" bak kata Muhammad Asad) dan individualise—dua benda utama yang menghasilkan persekitaran yang subur untuk krisis-krisis ini.

Charles Taylor dalam "The Ethics of Authenticity" menyebutkan individualisme sebagai salah satu kerisauan tentang masyarakat moden. Individualisme menurut Taylor ialah perpisahan manusia daripada "a larger order", maka hilanglah tujuan yang lebih besar dalam hidup manusia.

Dalam bahasa kita sebagai Muslim, ia adalah perpisahan setiap Muslim dari solidariti ummah.

Kehilangan 'izzah (kebanggaan) pada satu ikatan yang menyatukan semua Muslim di semua tempat, yang transcends perbezaan bangsa dan kelas, menyebabkan ramai Muslim hilang rasa fulfilment dalam hidup berpaksikan agama Islam, hence dua krisis yang saya sebutkan tadi.

Krisis eksistential juga boleh datang disebabkan oleh krisis identitI.

Kita tidak faham makna dan tujuan kita hidup sebagai seorang Muslim, sebagai seorang hamba Tuhan, tidak faham tanggungjawab dan hak kita, etc etc.

Syed Naquib al-Attās dalam Prolegmena-nya ada sebut satu perkara yang menarik tentang 'progress'. Hakikat sebenar progress ialah dengan "a definite direction" yang menghala ke arah "a final purpose".

Namun, di Barat terutamanya, kita lihat progress mereka sebagai keadaan "which is 'coming-into-being' and never becomes 'being'" [sentiasa dalam keadaan 'sedang menjadi' tetapi tidak pernah 'menjadi' (pada akhirnya)].

Secara mudahnya, keadaan sentiasa bergerak ke arah sesuatu, tetapi bergerak ke arah apa pun kita tidak tahu, yang penting bergerak.

Identiti sentiasa berada dalam keadaan 'flux' (sentiasa berubah-ubah) tanpa ada sesuatu benda yang memberikan struktur yang jelas, itu adalah krisis identiti yang sebenarnya.

[Pembacaan lanjut: rujuk kertas yang ditulis oleh Bendle "The crisis of 'identity' in high modernity]

Berbalik kepada topik asal, penekanan diberikan kepada mesej gembira (bashīr) kerana mesej-mesej begini yang memberi reinforcement kepada diri (dan identiti), maka memberikan a sense of fulfilment dalam menangani krisis-krisis yang saya sebutkan tadi.

Ini yang disebutkan kepada saya oleh beberapa shuyūkh dan du'āt yang saya kenal di Barat.

Metod da'wah mereka berubah: dulu dalam menangani gerakan New Atheism, fokus diberi kepada pruf-pruf abstrak untuk membuktikan kewujudan Tuhan, kalam, falsafah, etc.

Kini, bila berhadapan dengan krisis-krisis sebegini, fokus diberi kepada nilai estetika Islām dan kepada nilai dawā' (Islām sebagai penyembuh), iaitu apa yang Islām boleh beri sebagai solusi kepada masalah-masalah ini.

Maka, kebergantungan masyarakat kita kepada metod yang sama merupakan petanda bahawa masyarakat kita juga sedang menghadapi krisis-krisis ini (seperti yang al-Attās dah lama cakap). Dā'ī yang berhikmah akan sedar akan hal ini dan mengubah *metod* da'wah mereka sesuai dengan masalah.

Namun pada hakikatnya, peringatan yang memberi ancaman [nazīr] sesekali tidak dapat dipisahkan daripada da'wah. Kedua-dua bashīr dan nazīr ini berjalan seiringan: bashīr dan naziīr untuk memastikan kita tidak complacent dan bermudah-mudahan dengan dosa.

Keluar seketika dari circle TikTok dan video-video pendek dan cuba ikuti durūs oleh asātizah Barat—mereka juga sebut tentang dosa dan neraka sebab ini memang maklum dalam berda'wah. Perlu disebut dua-dua.

Shaykh 'Abd al-Karim Zaydān dalam Usūl al-Da'wah menyebut al-targhīb (peringatan baik) dan al-tarhīb (peringatan ancaman) sebagai salah satu uslūb da'wah tanpa memisahkan kedua-duanya.

Moga Allāh merahmati dan memberkati para asātizah di tanah air kita.

Wallāhu a'lam.

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora