12

7.4K 351 70
                                    

vote! 😈😈


Asfa berhenti di belakang bangunan yang sudah gelap itu. Laju dia keluar daripada kereta tatkala ternampak Syam dan Ashraf berdiri di hadapan seorang lelaki. Dhiya tidak kenampakan di mana-mana.

"Mana Dhiya?"

Ashraf memandang Asfa yang sudah hampir. "Ada dalam kereta aku. Ni, si bodoh ni. Dia nak buat something ke Dhiya. Syam nampak. Syam terus call aku. Aku tak nak call kau tapi Dhiya—woi As!"

Fairuz sudah terbaring dengan Asfa di atas badannya. Dan tumbukan Asfa pula dilepaskan berkali-kali menghancurkan muka Fairuz. Ashraf dan Syam yang cuba menarik bahunya langsung dia tak kisah. Sesudah puas melepaskan dengan jantung yang laju melompat serupa sudah sampai ke lubang tekak, baru lah Asfa bangun. Tajam matanya memandang Ashraf. "Aku tak kira. Kau basuh budak ni. Mana kereta kau?!" Sejurus saja Ashraf menghulurkan kunci kereta, dia mencapai sebelum memberi kunci keretanya pula. Tidak lagi memandang belakang, terus dia berlari ke arah kereta Ashraf yang berada di hujung bangunan.

Dhiya bulat mata memandang Asfa yang tiba-tiba masuk dan terus memandu pergi. "As."

"Diam!"

Ternaik kedua bahunya. Jadi dia cuma diam saja lah di seat belakang memandang jalan yang dilalui Asfa. Kepalanya melayang seperti selalunya meninggalkan keadaan nyata dan memikirkan perkara yang berlaku sejam lepas.

Dia berjaya menghempuk kepala Fairuz tetapi kakinya pula ditarik menjadikan dia sudah terbaring di seat penumpang. Tidak menunggu lama, kakinya terus bergerak dan bergerak membabi buta. Tidak hirau akan rasa lenguh dan penat, dia menendang dan menyepak saja walaupun kebanyakannya dia hanya menyepak udara. Apabila terasa kepala Fairuz terhentak kuat ke cermin kereta, segera dia keluar membawa beg. Matanya tidak sempat mencari fokus, tatkala tiba-tiba dirinya dipeluk dari belakang. Di saat itu juga dia teringat apa yang Asfa ajar. Segera dia bergerak menanduk sebelum meliukkan tangannya serupa Houdini walaupun payah kerana Fairuz memeluknya begitu sakit, tetapi alhamdulillah dia berjaya lepas. Malangnya yang berkaki pendek, dia tidak sempat lari menyebabkan Fairuz sempat menampar pipinya. Dengan kepala pusing, samar-samar dia terdengar suara orang menjerkah daripada jauh. Apabila dia sedar daripada pening, dia nampak Ashraf dengan seorang lelaki yang tidak dikenali sedang menolak dan menolak Fairuz ke dinidng. Rupa mereka seperti mahu bergaduh. Dia hanya diam memandang sebelum Ashraf yang menjenguk seterusnya menampal luka di tepi bibir hasil ditampar tadi.

Untuk selama itu, dia termangu-mangu saja di dalam kereta Ashraf. Kepalanya tidak fikir apa yang Mak mungkin tanya, atau apa yang terjadi kepada Fairuz, atau apa yang dia rasa di saat itu. Dia hanya termangu-mangu diam di dalam kereta Ashraf sehingga lah tiba-tiba Asfa yang muncul. Mungkin bibirnya ada menyebut nama Asfa tanpa sedar kerana itu lah Ashraf memanggil. Dan mungkin juga Ashraf memang terus menghubungi Asfa sebaik saja kejadian itu berlaku.

"Dulu family As duduk sini lepas tu pindah Selangor sebab ayah kerja sana. Tu yang As ramai kawan sini. Kira... ni area As lah."

Dia lupa hal itu. Pendek kata, Asfa ada ramai budak-budak. Asfa kan mat rempit.

Dia tersedar apabila sesuatu diletakkan di ribanya. Dia memandang Asfa yang tidak memandangnya hanya memandang depan.

"Makan. As nak rokok jap."

Dia akur mencapai roti Gardenia. Dalam kepalanya tunduk, dia mengintai keberadaan Asfa. Memang lelaki itu sedang merokok dan terus ternganga dia apabila kaki Asfa tiba-tiba panjang menendang tong sampah. Kemudian lelaki itu berjalan ke hulu hilir dengan kedua tangan naik ke kepala meramas rambut. Tidak jadi dia menurut perintah Asfa untuk makan, kerana tangannya sudah membuka pintu kereta perlahan-lahan mendekati lelaki itu. "As." Dia diam memandang raut Asfa yang garang memandangnya. Dia tidak bersuara, dia hanya menunggu. Dan benar, lama-kelamaan raut Asfa berubah kerut sebelum lelaki itu memandang sana.

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Where stories live. Discover now