6 3

1K 76 24
                                    

Mata yang sudah terpejam lebih lima jam dicelikkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata yang sudah terpejam lebih lima jam dicelikkan. Silauan lampu menyukarkan mata dibuka sepenuhnya.

'I hate hospitals,'

Sama seperti kebanyakan gadis di luar sana, seorang gadis bernama Rihanna turut tidak menyukai bau dan atmosfera hospital.

"You're awake, sunshine?" soal Zayden prihatin sambil mendekati Rihanna yang baru sahaja bangun dari lelapnya akibat ubat tidur yang diberikan oleh doktor.

"Hmm," gumam Rihanna perlahan dengan hujung bibirnya ternaik sedikit sahaja sekadar menyakinkan lelaki yang dicintai dan mencintainya. Badannya teramat lemah dan sakit seperti baru sahaja kena belasah sehingga untuk mengukirkan senyuman pun tidak berdaya.

"Want some water?" tanya Zayden lalu mengusap kepala Rihanna yang ditutupi dengan beanie.

"Tak nak. Teman aku," kata Rihanna kerana sememangnya hanya mahu memanfaatkan masa di hospital untuk merehatkan mental dan fizikalnya yang telah penat disebabkan oleh datuknya.

Zayden faham keadaan Rihanna kerana Noah sering kali mesejnya tentang keadaan Rihanna. Dia tidak pernah terlepas satu perkara pun tentang gadis yang telah bertakhta di hatinya.

"Cepatlah. I'm tired," ujar Rihanna perlahan sambil menunjukkan sebelahnya dengan anak mata.

Zayden tersengih kerana dia tahu tahap kemanjaan gadis itu semasa sakit. Dia terus naik ke atas katil Rihanna dan merangkul tubuh badan gadis itu yang semakin susut.

"Yang lain mana?" soal Rihanna sambil meletakkan kepalanya di atas dada bidang jejaka itu.

"Aku pujuk suruh balik sebab takut yang lain risau dekat rumah," balas Zayden dengan tangannya erat merangkul susuk tubuh Rihanna. Gadis itu semakin kurus jika hendak dibandingkan dengan beberapa minggu lepas.

"Grandpa dera aku secara tak sengaja. It's so tiring and hurting," luah Rihanna dengan air mata mula bertakung.

"Don't think about it, Elly. Just rest," pujuk Zayden sambil menepuk lembut bahu Rihanna. Dia tahu gadis itu sedang menangis tanpa esakan kerana bahagian baju di dadanya sudah basah.

Rihanna mengangguk perlahan. Dia merangkul pinggang Zayden dari belakang membiarkan salah satu tangannya yang dicucuk IV drip di atas pehanya.

"Kalau kita kahwin lari nak tak, Elly?" soal Zayden tiba-tiba mengejutkan Rihanna yang hampir terlelap.

"You're unbelievable! Sempat lagi kau," marah Rihanna lalu mendongak memandang Zayden yang turut memandangnya dengan senyuman lucu.

"Dah semua balik. Peluang baik apa? Semua bodyguards aku yang sedang kawal dekat luar. Bodyguards grandpa tak ada pun," kata Zayden lagi dengan keningnya ternaik-naik melihat Rihanna yang sedang mendongak memandangnya.

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now