6 4

964 80 21
                                    

Vertigo @ Banyan Tree, Kuala Lumpur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vertigo @ Banyan Tree, Kuala Lumpur.

"It's been a while since we both have an actual date, isn't it?"

Rihanna tersenyum kecil mendengar soalan lelaki yang duduk di hadapannya itu. Dia membasahkan tekaknya dengan air Fruit De La Passion yang dipesannya sebelum menjawab soalan itu.

"Kalau aku kira, aku boleh hitung guna jari berapa kali kita pernah keluar bersama." jawab Rihanna dengan keningnya terangkat.

Ternaik hujung bibir Zayden mendengar jawapan gadis itu. Tidak dinafikan kerana kesibukan mereka berdua, mereka tidak dapat berjumpa kerap kali. Kalau jumpa pun, hanya untuk makan malam dan pada hujung minggu tetapi masa itu pun digunakan untuk berehat.

"Elrey," panggil Zayden sambil tangannya memutarkan garfu pada makanan di pinggannya, agilo-olio. Dia sudah lama mahu menyoal Rihanna tentang itu tetapi tidak kesampaian. Dia yakni masanya sudah tiba.

"Hmm," gumam Rihanna dengan mulutnya sedang mengunyah sambil tangannya ligat memotong Chicken Chop kepada bahagian kecil tanpa mengangkat kepalanya.

Zayden menyusun ayatnya sebelum bersuara, tidak mahu gadis di hadapannya terasa. "How did you manage to live with the Dilariers' even after you knew their not your blood relation?" Lelaki itu perasan tangan gadis di hadapannya sudah berhenti memotong hidangannya. "Aku yang tahu sejak aku berumur 2 tahun pun merana but how did you...?"

Rihanna meletakkan garfu dan pisau yang dipegang di sisi pinggannya sebelum mengalihkan pandangan ke tepi. Menara Berkembar Petronas yang bercahaya dan memikat hati sesiapa sahaja menyapa pandangannya. Pemandangan yang indah itu dikaburi oleh air mata yang mula bergenang di kelopak matanya.

"It was like walking on a path full of thorns." Rihanna membalas dengan senyuman sayu di wajah mulusnya itu sambil merenung anak mata Zayden yang turut memandangnya.

"Aku rasa aku ditipu hidup-hidup. Aku tak salahkan mama dan papa. Tapi lepas dah tahu mereka bukan ibu bapa sebenar aku, mama bukan ibu yang sebenar mengandungkan aku, papa bukan ayah yang sebenar perlu membesarkan aku, Tok Wan dan Tok Mi bukan datuk nenek yang sebenar perlu memanjakan aku, Zyn bukan abang yang sebenar aku kongsi sebahagian rahsia dan bergaduh manja like what other siblings do...the pain was unbearable,"

Zayden mahu menyumpah serenah dirinya kerana tertanya soalan itu.

"Dah makan, sayang. Salah aku yang tanya," pujuk Zayden lembut sambil mengusap perlahan jari runcing gadis di hadapannya.

"Bukan salah kau. Memang satu hari nanti, aku kena jawab juga soalan ini. Thankfully, it's today. How about you? Macam mana kau lalu?" soal Rihanna semula lalu menyisip airnya sebelum merenung Zayden redup.

"Aku selalu doa harap-harap ni semua mimpi but it's the truth however. Lagi pula mereka anggap aku yang punca Arene kemalangan. I don't want to blame them too for this because mereka jaga aku sampai aku berdiri di atas kaki sendiri pun aku dah bersyukur sangat. Aku masih masih ingat walid dengan bonda gaduh tengah malam tentang urusan persekolah aku just to decide to use whose name as my fathers'. Sejak itu lah aku tahu kebenaran yang lebih pahit."

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now