4 0

1K 70 0
                                    

_lunastella

Fuego' Prince turut dipindahkan ke DH'S atas arahan tok wan kerana mahu menstabilkan pentadbiran sekolah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fuego' Prince turut dipindahkan ke DH'S atas arahan tok wan kerana mahu menstabilkan pentadbiran sekolah itu.

DH'S Library

"Guys!" jerit Farheen sambil berlari menuju ke rakan-rakannya .

"Kau dah kenapa terjerit-jerit macam beruk ha?" marah Sarah, bingit telinganya.

"Kenapa ini?" soal Diana walaupun telinganya bingit dengan jeritan Farheen tadi.

"Form 4 dan Form 5 ada kem. Semua wajib pergi," tutur Farheen senafas lalu mengambil tempat di sebelah Aayiz.

"When?" tanya Luciana dan Avryn serentak.

"Tak silap aku lusa," jawab Kaish kerana dia ada terdengar beberapa orang guru bercakap tentang kem itu.

"Kita kena turun Glatic Hall sekejap lagi untuk taklimat tentang kem itu," kata Farheen lagi.

Glatic Hall ialah dewan utama yang kedua yang digunakan untuk pelajar berkumpul jika bukan atas perhimpunan dan majlis rasmi. Sparkle Chamber ialah dewan utama yang digunakan untuk majlis atau perhimpunan rasmi.

"Kita gerak sekarang sebab kita jalan kalah siput. Takut tak sampai tepat pada masa," ujar Adam lalu memandang AF.

PAK

"Aduhh! Sakitlah," teriak Adam kesakitan kerana dipukul Avryn yang duduk berdekatannya.

"1-1 dude," kata Avryn lalu tergelak bersama yang lain.

Tiba di Glatic Hall, mereka menjadi perhatian tetapi mereka terus beratur mengikut kelas masing-masing sebelum guru yang bertugas memberi taklimat.

"Attention! Hari ini saya nak beritahu tentang kem yang akan diadakan Khamis ini. Kem ini merupakan kem bina semangat yang bermula hari Khamis sehingga hari Sabtu" terang Cikgu Qistina.

"Bosanlah,"

"Malas aku,"

"Aku tak nak pergi,"

Macam-macam rungutan kedengaran dari semua pelajar.

"Kem ini wajib dihadiri semua pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Hanya pelajar mempunyai masalah kesihatan bersama surat doktor sahaja dikecualikan. Semua boleh bersurai," kata Cikgu Qistina sebelum melangkah keluar dari Glatic Hall.

"Rys, pergi ke?" tanya Alvin yang apabila sedar Avryn sedang memikirkan sesuatu itu.

Alvin sudah masuk kumpulan Perfecto' Prince atas permintaan Ayran.

"Haah?"

Avryn yang sedang termenung tidak sedar akan soalan Alvin.

Alvin sudah pasti ada yang mengganggu fikiran Avryn.

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now