3 8

951 68 0
                                    

Kuala Lumpur International Airport

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kuala Lumpur International Airport

"Kena pergi ke, Riq?" soal Avryn dengan hati yang resah.

She is not feeling right.

"Ye adik. Jangan risau," pujuk Ariq dan memeluk bahu Avryn.

Ariq dan Arlan perlu pergi ke UK atas urusan syarikat. WillEve Incorporation, salah satu syarikat kerabat Dilarier mengalami masalah. Tok wan menyuruh Ariq dan Arlan pergi ke sana untuk menyelesaikan masalah tersebut dan belajar sedikit tentang selok belok syarikat lebih mendalam. Syarikat di UK dijaga oleh tok daddy iaitu, adik tok wan.

"Clau jaga diri tau. Jangan nak make up je," usik Arlan.

"Aku hempuk karang. Kau pun jaga diri. Rindu nanti,"

Luciana memeluk erat tubuh Arlan bagai tak nak lepas.

"Lene, take care. Jangan nakal-nakal eh? Jangan ponteng kelas je selalu,"

Ariq mengusap kepala Isabella lembut sebelum memeluk Isabella.

"Aku nak ponteng jugak. Riq dekat sana jaga diri. Nanti call selepas sampai di sana,"

Isabella menyebamkan mukanya di bahu Ariq sambil menahan sedihnya.

Avryn sudah mengalirkan air mata sambil ditenangkan oleh Arzyn. Diorang memang tak pernah pergi jauh-jauh. Ini kali pertama berjauhan.

"Arah jaga diri betul-betul. Kalau nak keluar jangan nak keluar seorang. Bawa bodyguard atau yang lain" bisik Arlan kepada Sarah sambil memeluk tubuh Sarah diikuti Ariq sebelum menuju ke arah Avryn.

"Lil princess, don't cry. Riq dan Lan pergi sekejap je. Take care okay! Jaga DH'S dan AA'D baik-baik. Anything just ring me," pesan Ariq sebelum memeluk Avryn.

"Adik take care! Jangan nangis, nanti Zay nampak muka buruk adik." usik Arlan lalu memeluk Avryn.

"Tengok jelah. Lagipun dia bukannya dekat sini. Adik tak kesah pun. Lan jaga diri tau. Rindu nanti!"

Avryn membalas pelukan Arlan.

Arlan dan Ariq menuju ke tok wan dan tok mi. Mereka bersalaman sebelum menuju ke balai perlepasan. DH sudah mengalirkan air mata tetapi yang lelaki cuba menahan sambil menenangkan yang perempuan.

'Ya Allah kau permudahkanlah urusan mereka' doa Avryn dalam hati bagi menenagkan hatinya.

DH semua naik satu kereta manakala tok wan dan tok mi berasingan kereta.

"Dahlah tu nangis. Mata pun dah macam panda aku tengok," kata Ayran lalu tergelak.

"Hingus pun dah meleleh dah. Tak senonoh betul," ujar Afran lalu memberikan tisu.

"Boleh kawan dengan dinousaur," perli Arzyn dengan tawa kecilnya.

Avryn, Sarah, Luciana dan Isabella menghadiahkan jelingan maut kepada Arzyn.

Gulp!

Mereka tiba di White Ivy, mansion kerabat Dilarier. Mereka semua menginap di sini atas permintaan tok wan dan tok mi.

Tok wan dan tok mi pergi ke bilik mereka untuk bersihkan diri sementara DH berada di ruang tamu.

"Bagilah remote itu! Aku nak tengok drama ini. Cepatlah!" marah Luciana kepada Sarah yang memegang remote itu.

"Tak boleh! Aku nak tengok KPOP ni. Kau blah," halau Sarah menyebabkan Luciana berasap.

"Kau!"

Luciana terus pergi ke arah Sarah dan bergelut dengan dia untuk merampas remote itu.

Dahi Luciana ditunjal Sarah banyak kali tetapi Luciana masih tidak berhenti bergelut dengannya.

Avryn dan Isabella memandang gaduh yang tak seberapa itu lalu memandang muka masing-masing sebelum mengangkat bahu. Lelaki pula masing-masing sedang lawan PUBG. Malas nak masuk campur.

Ring!

Ring!

Avryn mengerutkan dahinya melihat caller ID yang tidak dikenalinya di telefon rumah agam.

"Hello, Dilarier family?"

"Adryssa Dilarier speaking. Who's this?"

"Maaf cik muda. Saya ingin beritahu-

Sarah dan Luciana yang bergelut remote tertekan siaran berita dan

"Pesawat Eithad terhempas di Italy pada pukul 1:10 pagi. Seramai 320 penumpang dan 12 anak kapal meninggal dunia. Pesawat ini merupakan pesawat yang berlepas dari Malaysia ke United Kingdom pada pukul 8:30 malam tadi"

Tergamam seluruh isi rumah agam itu mendengar berita yang disiarkan di televisyen. Tangan Avryn sudah menggigil mendengar berita itu.

"YA ALLAH! CUCU-CUCUKU," teriak Tok Mi mendengar berita itu.

Sarah, Luciana dan Isabella sudah menangis berpelukan mendengar berita itu. Ini merupakan sebabnya mereka terlalu berat hati apabila menghantar Arlan dan Ariq ke balai perlepasan tadi.

"Hello Cik Muda?" sambungan panggilan tadi menyebabkan Avryn mengesat air matanya sebelum menjawabnya.

"Yeah sorry. Tell me"

"Maaf cik muda. Saya ingin beritahu yang mayat Tengku Arlan Mikael Dilarier dan Tengku Ariq Ryan Dilarier masih belum dijumpai. Polis Italy suruh kami memaklumkan ini kepada cik muda. Salam takziah untuk keluarga Tengku"

Telefon di cuping telinga Avryn terlepas dan Avryn terjelopok jatuh ke lantai tetapi sempat disambut Arzyn.

"Diorang ka...kata mayat...Arl...Arlan dan Ariq masih tak...ju...jumpa," kata Avryn dengan gagap memberitahu kepada semua orang yang berada di situ.

Semua terkesima mendengar pernyataan itu dan air mata mula bergelinang kembali.

Avryn menyebamkan muka pada dada Arzyn dan menghamburkan tangisannya diikuti esakan kecil Arzyn. Arzyn cuba untuk tidak menangis tetapi apakah daya?

"Darling...my grandchildren,"

Tok Mi sudah menangis pilu di bahu Tok Wan.

Tok Wan cuba menenangkan Tok Mi sambil menepuk lembut bahu Tok Mi.

"Lan, Riq...kenapa tinggalkan Ryn? Macam mana ni? Ryn baru je dapat bersama dengan kamu tapi," kata Avryn sambil air mata berlinangan membasahi baju Arzyn.

"Abang....cepatnya abang tinggalkan adik...I miss you ma brother,"

Sarah teresak-esak di bahu Ayran.

"Cucu-cucu aku, tenanglah di sana. Wan selalu doakan kamu berdua," kata Tok Wan sambil memeluk erat Tok Mi.

"I miss my heroes," rintih Isabella kesedihan .

Rumah agam itu dipenuhi kesedihan meratapi pemergian dua putera.

"You started it, I will end it"

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

^^^

❤SELAMAT BERPUASA GUYS!❤

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now