4 1

950 73 0
                                    


Avryn sempat mencuci mukanya di tandas sebelum pergi ke arah rakan-rakannya yang sedang berbual

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Avryn sempat mencuci mukanya di tandas sebelum pergi ke arah rakan-rakannya yang sedang berbual.

"Ryn!" jerit Alvin kecil memanggil nama Avryn yang sedang jalan ke arah mereka.

Avryn hanya mengangkat keningnya memandang Alvin.

"Kau pergi mana tadi?" soal Ayran bagi pihak Alvin.

"Ambil jaket dekat bilik khas," jawab Avryn sambil menunjukkan jaket miliknya di tangan sebelum disarungkan pada tubuhnya.

Avryn memang singgah bilik khas AF yang disediakan tok wan selepas bertembung dengan Arina.

"Ooo...Dah jom! Semua dah beratur," kata Aaril lalu menuju ke arah bas.

Sebanyak 3 bas akan dinaiki pelajar DH'S untuk pergi ke Tapah, Perak.

"Diamond, Ruby and Emerald in bus 1"

"Sapphire, Pearl dan Coral in bus 2"

"Gold, Silver and Bronze in bus 3"

Cikgu Wafie memberi arahan sebelum semua pelajar masuk ke dalam bas yang ditetapkan mengikut kelas masing-masing.

AF, FP dan PP menaiki bas 1 kerana mereka semua kelas Diamond tetapi berlainan tingkatan. Arina dan Dahlia turut menaiki bas yang sama kerana mereka berdua kelas Ruby.

"Dua beruk tu pun naik sini. Tak aman hidup aku sehingga sampai sana," rungut Diana perlahan sambil naik ke dalam balas diikuti AF yang lain.

"Ye beb. Aku pun dah sanggup jalan kaki dari duduk satu bas bersama dua beruk ini," balas Sarah dan mengambil tempat di belakang bas.

"Macam-macamlah korang ini," tutur Haikal lalu mengambil tempat.

Mereka masuk dahulu ke dalam bas menyebabkan mereka bebas memilih tempat duduk mereka.

Aayiz Farheen Aayash Haikal Alvin

Fryan Aaril Afran Kaish

Adam Ayran Arzyn Avryn

Bella Diana Lucia Wisha

Sarah Sofia

🔺Kedudukan dalam bas

Bas mereka dijaga oleh Cikgu Wafie dan Cikgu Atiqa. Cikgu Adelin disuruh menjaga bas 3.

"Semua boleh berbual dan buat kerja masing-masing tetapi jangan ganggu orang lain. Faham?" tanya Cikgu Wafie.

"Faham," serentak semua pelajar jawab

3 buah bas mula keluar dari perkarangan DH'S menuju ke Tapah, Perak.

Arzyn merenung Avryn di sebelahnya yang sedang melihat luar tingkap sambil mendengar lagu dari airpods.

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now