1 7

1K 94 6
                                    

*media : contoh watikah pelantikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*media : contoh watikah pelantikan

Keadaan dalam dewan terlalu bising sehingga pengawas yang bertugas pun tidak boleh berbuat apa.

"DIAM DAN BERATUR MENGIKUT KELAS MASING-MASING SEKARANG!" jerit Farheen dengan muka merah padam menahan amarah.

Pelajar tidak menghiraukan jeritan Farheen dan sambung membuat bising.

"BERATUR SEKARANG!" jerit Sarah tetapi masih diabaikan oleh pelajar.

"Masalah betul lah. Naikkan darah aku je," ujar Farheen dan duduk di lantai pentas di mana ahli FP dan AF sedang duduk memerhatikan keadaan dewan yang bising diikuti Sarah.

"Mana Ryn? Tak sampai lagi ke?" tanya Adam apabila sedar Avryn tiada di sana.

"Kejap lagi sampai lah tu," ujar Isabella dibalas anggukan yang lain.

Selepas beberapa minit, Avryn tiba dengan beberapa helai kertas di tangan dan menuju ke arah kawan-kawannya yang sedang memicit kepala kerana tidak mampu untuk mengawal keadaan. Pelajar dalam dewan masih tidak menyedari kehadiran Avryn.

"Kau..." belum sempat Darwisha tanya, Avryn sudah jalan melepasi mereka dan mengambil posisi di tengah-tengah pentas.

"DIAM ATAU AKU HERET KELUAR DEWAN!" jerkah Avryn sehingga mukanya yang putih itu menjadi merah.

Keadaan dewan menjadi senyap serta merta.

"AKU KIRA SAMPAI 3, BERATUR SEKARANG!" jerit Avryn lantang dan semua pelajar tergesa-gesa masuk dalam barisan kelas masing-masing.

Selepas semua pelajar beratur ikut kelas masing-masing, Avryn berjalan menuju ke arah rakan-rakannya yang tercengang kecuali Afran yang tersenyum senget memandangnya.

'Aku jerit sampai anak tekak aku tercabut, tak ada pulak yang nak dengar'

Farheen merungut dalam hati.

Mereka turun dari pentas dan menuju ke tepi dewan.

"Assalamualaikum and good morning students. As all of you know, today we will be announcing the Board Members of Prefect for this year. Now I call upon Tuan Seth Diego to present the appointment officially in front of y'all" ujar Cikgu Dennis, guru pengawas dan disiplin sekolah.

Tuan Seth bangun dari tempatnya dan naik ke atas pentas selepas namanya dipanggil untuk menyampaikan watikah pelantikan tersebut..

"We will start from the AJKT first," ujar Cikgu Dennis dan mula memanggil nama FP dan AF.

"Tengku Kaish Bryan Xander, AJKT Pengawas"

"Luciana Claudia Dilarier, AJKT Pengawas"

"Tengku Fryan Hayziq Dxyan, AJKT Pengawas"

"Sarah Francissa Dilarier, AJKT Pengawas"

"Tengku Adam Hadriq Leon, AJKT Pengawas"

"Tengku Darwisha Katherina, AJKT Pengawas"

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now