1 1

1.2K 110 2
                                    

"Hish, serabutlah aku! Aku dah kata tak nak datang, nak paksa aku jugak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hish, serabutlah aku! Aku dah kata tak nak datang, nak paksa aku jugak. Menyampah betul hadir event macam ini," bebel Avryn sambil mencari pakaian yang sesuai untuk majlis nanti.

Avryn sengaja keluar awal lepas mesyuarat pengawas untuk melarikan diri selama sehari itu tetapi Arzyn sempat menangkapnya dan mengheretnya masuk ke dalam keretanya. Kereta Avryn dibawa oleh bodyguard.

"ARZYN COME HERE!" jerit Avryn lantang kerana terlalu kusut.

"Uhuk..uhuk..."

Azryn yang sedang minum air di bawah tersedak mendengar jeritan Avryn.

"Kurang asam punya budak. Nasib baik aku tak mati," gumam Arzyn sambil mengusap dadanya lalu memanjat tangga menuju ke biliknya.

Tiba di dalam biliknya, Arzyn terkejut melihat keadaan walk in closet Avryn yang bersepah dengan pakaian sana dan sini.

"Ayla, kenapa sepahkan semua pakaian?" tanya Arzyn lalu duduk di tepi Avryn dengan melunjurkan kaki ke hadapan dan tangan di belakang.

"Sebab kaulah. Aku serabut nak pakai apa untuk majlis itu. Aku tak nak kau paksa jugak. Pening kepala aku tahu tak," rungut Avryn dan baringkan kepalanya di peha Arzyn.

"Alahai, perkara kecil je. Aku tolong kau cari pakaian. Tak payah peningkan kepala. Kesian baby aku," ujar Arzyn dengan nada memujuk sambil mengusap rambut Avryn.

"Boleh jugak. Nanti kau pun pakai matching dengan pakaian aku supaya banyak mata cemburu," ujar Avryn sambil tersengih memandang Arzyn lalu bangun dari pembaringannya.

"Aku baru nak cakap, kau dah cakap. Dah jom, cari dress untuk kau. Nanti lambat kita sampai. Jangan terlalu emosi apabila jumpa mereka. Jumpa dan salam macam baru kenal," ujar Arzyn sambil merenung wajah gadis di hadapannya.

Avryn tersentak.

"Tak apa. Aku boleh kawal," ujar Avryn dengan senyuman manis.

Avryn dan Arzyn mula mencari dress yang sesuai untuk Avryn. Hampir sejam baru selesai mencari pakaian dari hujung rambut dan kaki untuk mereka berdua. Arzyn duduk kepenatan di birai katil sambil merenung Avryn yang sedang iron blazer miliknya dan dress dia sambil bernyanyi kecil.

"Ayle, dah pukul 5 sekarang. Kau pergi mandi dan bersiap. Aku bersiap di guestroom. Jumpa di bawah tepat pukul 6.30 petang," ujar Avryn selepas selesai iron pakaian dia dan Arzyn.

"Okay. Kau jangan lambat pulak," ujar Arzyn dan terus melarikan diri ke dalam bilik air apabila Avryn merenungnya tajam

Avryn terus pergi guestroom di sebelah bilik untuk bersiap.

Meanwhile

Fuego' Prince Villa

"Zaf, kau nampak tak suit aku? Aku cari dalam bilik tak ada pun," kata Kaish pada Farheen yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now