3 4

1K 76 0
                                    

Avryn tergesa-gesa berjalan masuk ke dalam AXEYAL' D,  syarikat yang dibangun sendiri 7 tahun lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Avryn tergesa-gesa berjalan masuk ke dalam AXEYAL' D, syarikat yang dibangun sendiri 7 tahun lepas.

"What's happening? Why today?" kata Avryn mendatar seusai sampai di lobi syarikatnya.

Jessica yang sedang membelek fail di lobi terkejut.

"Kerabat Zyad sengaja mewujudkan pergaduhan antara ahli korporat yang hendakan tender ini. Jadi pemilik tender mengadakan bidaan bagi tender itu hari ini secara tiba-tiba untuk selesaikan pergaduhan mereka kerana sudah menjadi lebih teruk"

Jessica menjelaskan perkara sebenar. Semasa dia sedang menyemak fail, RA Holdings iaitu pemilik tender tiba-tiba menghubunginya dan maklumkan bahawa bidaan tender akan diadakan hari ini pukul 5.

"Shit!" carut Avryn sambil melepaskan ikatan rambutnya kerana terasa bengang.

Selepas beberapa minit berfikir tentang hal itu, Avryn terus menekan butang lift untuk pergi ke bilik mesyuarat utama syarikatnya.

Walaupun bidaan tender itu bukan miliknya, bidaan tender itu diadakan di syarikatnya kerana lebih memudahkan semua ahli perniagaan hadir bak kata pemiliknya, Tan Sri Razman.

Sampai di tingkat 35, Avryn keluar dari lift sambil betulkan jaketnya dan rambutnya.

"Tak sesuai betul baju aku dengan majlis ini. Harap-harap tak kena kecam," gumam Avryn perlahan tetapi masih didengari oleh Jessica.

Jessica hanya tersenyum kecil mendengar itu.

"Sorry I'm late," ujar Avryn dengan riak wajah kosong apabila masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.

Avryn sempat tersenyum nipis kepada Zayden yang turut hadir.

Tan Sri Razman hanya mengangguk sebelum Avryn mengambil tempat duduk di barisan hadapan sebelah kanan diikuti Jessica. Itu sahaja tempat yang masih belum diisi.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya amat berterima kasih kepada semua kerana sudi hadir untuk bidaan tender ini walaupun diumumkan secara tiba-tiba. Saya bukan sengaja hendak mempercepatkan tarikh bidaan tender ini tetapi ada beberapa masalah yang wujud disebabkan tender ini. Oleh itu, saya rasa lebih baik bidaan tender ini diselesaikan dengan cepat."

Tan Sri Razman berucap dengan tenang.

Avryn yang mendengar sudah mengalihkan pandangan kepada seorang lelaki berumur 30-an di barisan sebelah kirinya. Lelaki yang dibencinya sepanjang hidupnya, Edward William Zyad

"Get lost," ujar Avryn tanpa suara apabila lelaki itu memandangnya dengan senyuman mengejek.

"Let's start the tender bid,"

Tan Sri Azman berkata dan memberikan mikrofron kepada pembantunya, Aziz untuk mengambil alih.

"For the tender building a hotel in Malaysia by 4 years. Starting price 25 million,"

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now