untuk kamu

163 4 0
                                    

Aku memandang sepi pada cermin. Terdapat pantulan seseorang dari cermin itu. Terlihat dia baring tidak berdaya. Wajah pula pucat lesi bagai tidak berdarah. Dalam bilik yang kelam ini, dia kelihatan lemah. Ya, itu aku. 

Sudah berapa banyak aku telan ubat tidur untuk lari dari realiti tapi akhirnya semua itu memakan diri sendiri. Nak tahu perkara apa yang paling aku takuti?

Aku takut untuk hidup. Aku memang pengecut. Tapi sekarang bila-bila masa saja aku akan hadapi ajal sendiri. 

Untuk ibu, terima kasih telah membesarkan adik sampai sekarang. Adik tak kuat. Adik minta ampun kalau pernah buat silap. Adik sayang ibu selamanya.

Untuk sahabat, terima kasih sudi berkawan dengan aku. Tanpa kehadiran korang, hidup aku tiada warna.

Untuk awak, terima kasih datang kembali setelah lamanya saya menunggu. Tapi tiba masanya awak mencari yang baru. Terima kasih berikan kebahagiaan yang sementara. 

Untuk kamu, jangan pernah berputus asa dalam kehidupan. Teruskan semangat kerana Tuhan tahu betapa lelahnya kamu menghadapi semua ini.

Tersedar.

Terima kasih.



2020

RapuhWhere stories live. Discover now