jaga diri

23 1 0
                                    

Sudah sejauh ini ya? Tapi maaf aku ucapkan, tiada penamat gembira. Tiada juga penamat untuk cerita ini. Aku juga tak tahu nak tulis apa. Mungkin aku akan habiskan segalanya- disini. Terima kasih kerana membaca. Ada ke yang baca? Aku tak kisah sebab aku tulis suka-suka.

Tiga tahun. Tiga tahun aku curahkan semuanya disini. Aku bosan, aku menulis. Aku sedih terluka dek kerana dunia, aku menulis. Bila mana aku dalam survival mode, aku menulis. To keep my mind sane. Bak kata Nur Izzah Hani, menulis boleh jadi escapism. Aku setuju untuk itu.

Aku suka sangat menulis but sadly aku kena berhenti. Aku dah tak nak teruskan menulis disini. Mungkin aku akan start cerita baru? Atau aku biarkan akaun ni buat sementara. Tengoklah macam mana. Kalau aku masih ada, aku akan teruskan menulis.

Doakan aku. Doakan kesihatan aku baik-baik saja. Semoga doa-doa tersebut berbalik pada kalian semula, InsyaAllah amiin.

Terima kasih sekali lagi luangkan masa kalian membaca cerita sederhana ini. Cerita dari aku, manusia rapuh yang cuba untuk sembuh.

Jaga diri, jaga iman.


5/6/2023 , isnin
10:51pm
ig : trulybyshin

RapuhWhere stories live. Discover now