Farhani

49 2 0
                                    

"Apa kau akan buat kalau kau ada masa lagi seminggu untuk hidup?" ujar aku memecahkan kesunyian antara kami. 

Dia mengangkat kepala memandang aku pelik. Aku, seorang  crackhead, tak pernah serius, bertanya soalan yang melibatkan hidup dan mati. Siapa je yang takkan pelik? Kalau aku sendiri pun malas nak layan. 

"Kau kenapa nyah? Dah nak  mati ke?" soal Fateh sambil merenung hujung kasut kami.

"Tak..aku cuma-"

"Aku akan spend time dengan orang yang aku sayang. Lepas tu bertaubatlaa. Takut nak mati. Kau kenapa ek  tiba-tiba tanya macam ni? Kau sakit ke? Kau okay tak?" 

Aku mengangkat bahu. "Entahlah. Aku tertanya-tanya. Tu je."

"Kalau kau sakit sekali pun, tolong jangan mati. Aku perlukan kau. Mak perlukan kau. Danisya perlukan kau" kata Fateh perlahan.

Ya, mereka perlukan aku..

tapi aku dah tak mampu bertahan.




Aku celik mata. Syiling putih menghiasi pemandangan aku. Aku mahu menggerakkan tangan, tapi tak boleh. Lemah.  Mana Fateh? Mana mak? Mana Danisya? Aku rindukan mereka. Rindu hingga termimpi zaman silam aku dan Fateh dahulu.

Perlahan aku mendengar suara seseorang wanita di luar pintu wad. Aku tahu itu mak. Syurga milik aku.

"Doktor cakap dia dah sampai tahap 3. Nanti korang datang ya?"

 Sepi. Seketika kemudian mak masuk dalam bilik wad aku. 

"Far dah bangun ya? Far nak makan?" soal mak dengan lembut. Dia duduk di kerusi yang telah disediakan. Aku menggeleng. Bukan tak mahu bersuara tapi aku agak penat bila bangun tidur.

"Nanti Fateh dengan Danisya datang. Mesti Far tak sabar nak jumpa dorang kan?"

Aku angguk.  Mak merenung wajah aku. Matanya berkaca. Aku tahu hati mak sedang menahan sebak. 

"Pucatnya muka anak mak ni. Far kuatkan? Mak nak Far kuat, supaya kita semua boleh kuat." kata mak sambil mengusap pipi aku dengan lembut.

 Aku menyentuh tangan mak yang sudah dimamah usia. Umur mak sudah 56 tahun, tapi mak tetap sihat. Mak tetap kuat walaupun abah sudah meninggal dunia. Meninggalkan kami, dan cinta mak di atas bumi ini. 

"Mak.." aku mengenggam tangan mak. Wajah syurga milik aku itu aku pandang dengan redup.  "Maafkan Farhani ya? Maafkan segala perbuatan Far andai Far pernah lukakan hati mak. Far bukan anak yang baik dan jauh sekali solehah. Halalkan makan dan minum Far selama ni" 

"Apa Far cakap ni? Jangan-" aku menarik mak dalam pelukan. 

"Terima kasih dah besarkan Far sampai sekarang. Far nak sangat balas budi mak, tapi Far risau Far tak mampu. Minta maaf ya mak? Far sayang mak sangat-sangat" 

Bilik aku  bergema dengan tangisan mak. Mak mengusap tubuh belakang aku. Aku tersenyum. 

Far sayang mak, sayang sangat2.




"Muka kau makin pucat Hani" kata Danisya. Disebelahnya ada Fateh, sedang memandang aku dengan penuh rasa simpati. 

"Aku tak tengok cermin, jadi aku tak kisah sangat." balas aku dengan perlahan.

Dusta. Aku tahu semua itu. Muka menjadi pucat, badan semakin kurus. Kanser tulang ini membunuh aku dalam diam. Jasad aku semakin lemah dan menunggu masa untuk mati. Aku tak akan menafikan semua itu.

"Kau ingat lagi tak Fateh? Aku pernah tanya soalan, kalau kita ada masa seminggu lagi untuk hidup, apa kau akan buat?"

Wajah Fateh semakin kelam. "Ya, aku ingat Hani. Waktu tu kita kerja kat kedai makan Meksah lepas habis SPM. Danisya pula kerja kat kedai mak dia."

Aku mengangguk. Walaupun kadang-kala Fateh ni lembab, tapi ingatannya kuat. 

"Aku tidur. Aku mimpi kita. Aku rindu mimpi tu. Aku rindu nak berlari kat padang. Aku rindu nak prank mak, letak katak kat beranda rumah. Aku rindu semua tu."

Danisya memegang tangan aku. Aku tersenyum kemudian memandang mereka berdua. 

"Korang bila nak kahwin? Kahwin la cepat" aku tersengih. 

"Hani, aku dah cakapkan-"

"Fateh, aku tak mampu jaga hati kau lagi. Aku dah tak sihat. Bila-bila je aku boleh mati. Jadi, tolong jaga Danisya. Jaga dia macam mana kau jaga aku dulu. Bolehkan?"

"Jangan cakap macam tu Hani.." 

"Shh.. korang just kahwin je okay? Cepat-cepat ada anak lepastu boleh jadi nenek dengan atuk muda" ujar aku sambil menyelitkan jenaka tapi malangnya mereka tidak ketawa.

Fateh tak nak lepaskan aku. Tapi aku yang akan lepaskan dia. Maafkan aku Fateh. 

"By the way, aku nak minta maaf dengan korang kalau aku buat salah. Terima kasih untuk 10 tahun ni. Korang memang sahabat yang paling baik aku pernah ada. Terima kasih layan karenah aku yang gila-gila walaupun aku tahu korang dah penat nak melayan hahaha"

Danisya pantas memeluk aku. Fateh hanya diam menunduk. 

Pertemuan kita terlalu singkat hingga membuatkan aku rindu hari kelmarin. Fateh, Danisya. Nama yang takkan pudar dalam ingatan aku.










"Dah sebulan dia pergi Danisya. Dah sebulan dia pergi tinggalkan kita semua." Mak Saadah duduk di tepi jendela. Dalam dakapannya ada baju putih yang sudah lusuh. Kadang-kala dia akan usap baju itu seperti memeluk seseorang.

Danisya mendekati mak Saadah. Jika mak Saadah sedih, apatah lagi diri Danisya yang turut bersama sedih. Mak Saadah membiarkan dirinya dalam kesedihan terlalu lama. 

"Mak.. Farhani dah tinggalkan kita 3 tahun mak. Dia dah lama pergi mak.."

"Kau jangan cakap macam tu! Anak aku baru saja meninggal! Sampai hati kau cakap macam tu Danisya??!" tubuh Danisya ditolak oleh mak Saadah dengan kuat. 

Danisya langsung tidak terambil hati dengan perbuatan mak Saadah. Dia tahu, wanita itu sedih. Kehilangan suami. Kehilangan satu-satunya cahaya mata. Fateh membantu Danisya bangun. Mereka berpandangan sesama sendiri. 

Fateh menggeleng.

"Mak rindu Far.. mak rindu.." 




Selepas menenangkan mak Saadah, Fateh dan Danisya duduk di buaian lama. Tempat dimana mereka selalu lepak bersama. Masih kuat dan utuh. Danisya termenung jauh. Bawah matanya sembab, sedih melihat keadaan mak Saadah. Kemurungan mak Saadah ada masa, baik. Ada masa, teruk. Danisya dan Fateh la yang akan ulang alik ke sini untuk menjaga dia.

"Dah tiga tahun dia tinggalkan kita Fateh. Tiga tahun. Kita pun dah besar." kata Danisya dengan nada sayu. 

"Dia tak sempat datang kenduri kahwin kita. Dia cakap nak tengok kita kahwin" nada suara Danisya mula berketar.

Fateh menarik Danisya dalam pelukan. Matanya turut berair hingga pandangan menjadi kabur. 




"Kalau kau sakit sekali pun, tolong jangan mati. Aku perlukan kau. Mak perlukan kau. Danisya perlukan kau"




















RapuhDonde viven las historias. Descúbrelo ahora