Gelap

57 2 0
                                    

Kosong. Sunyi. Gelap.

Tika aku membuka mata, itu apa yang aku rasakan. Tiba -tiba hiba menyinggah hati. Rasa kosong dan kecewa menyelubungi diri. Situasi bertambah teruk apabila hanya aku seorang diri dalam rumah ini. 

Aku takut ditinggalkan. Mungkin itu apa yang aku rasakan. 

Manusia sering berjanji kemudian pergi. Manusia sering berkata, "Takkan pergi" lalu menghilang dengan ungkapan, "Jaga diri". Penat memujuk hati ini yang semua ini akan beransur pulih, tapi tidak untuk hati aku. 

Aku penat memujuk hati.

Aku menangis tanpa bunyi. Itu apa yang aku ajar terhadap diri sendiri. Aku benci orang tahu aku menangis. Semakin lama langit semakin gelap. Senja kian menjelma mengganti hari siang yang bakal menghilang. Aku masih seorang diri melawan perasaan  misteri ini.

Kadang-kala kita harus menangis. Bukan menangis kerana lemah tetapi menangis untuk meluah. 

unedited.

2021

RapuhWhere stories live. Discover now