nukilan aku?

11 0 0
                                    

Masa berlalu dengan pantas meninggalkan kita semua. Ada di antara kita sudah mencapai sesuatu. Ada juga di antara kita masih gigih berusaha tentang sesuatu.

Jadi, kamu yang mana?

Aku disini masih berantakan, cuba menenangkan diri sendiri. Masih bergelut dengan masalah yang sama. Soalnya aku sendiri juga keliru. Tapi, tetap saja aku meneruskan kehidupan meski terasa perih di dada.

Aku tetap terus bangun pagi, meneruskan rutin harian biasa walaupun aku sudah bosan. Rasa kosong tidak berpenghujung sentiasa menemani diri ini. Kadang kala pada waktu malam, rasa sedih turut menyinggah.

Rasa yang lama kunjung tiba setelah diri aku nyaman seketika. Hanya kerana seseorang pergi, ketenangan aku juga diragut pergi jauh. Mungkin saja aku mampu tersenyum mahu pun gelak ketawa seperti yang kamu nampak. Itu semua palsu belaka.

Jadi bagaimana dengan masa akan datang? Apa harus aku teruskan kehidupan seperti ini?

Disember kian tiba. Umur makin beranjak dewasa. Terlalu banyak perkara yang aku belum lakukan pada tahun ini. Aku berharap kelak aku lebih yakin dan percaya pada diri sendiri.

Kamu pun sama. Percaya pada diri sendiri. Diri kamu yang satu itu layak mendapatkan tenang, jadi buat apa yang kamu suka.

Okay?

Okay.


2022

RapuhWhere stories live. Discover now