Realiti

24 1 3
                                    

Kembali lagi aku dalam aplikasi oren ini. Sejujurnya aku hilang rasa untuk menulis meskipun penulisan aku tidak indah dan tidak menarik seperti orang lain.

Aku menulis cuma kerana ingin meluah.

Aku juga tahu tiada siapa kisah dan baca penulisan yang membosankan ini.

Sebenarnya banyak perkara yang ingin aku coretkan disini,

rasa sakit,
rasa pedih,
rasa kecewa,
rasa kehilangan,

Tapi aku tahu aku tidak mampu. Biarlah. Biarlah tersemat di dalam fikiran sahaja. Biar aku simpan seorang hingga mati.

Masa lalu membuka mata aku dalam banyak hal. Mengajar aku banyak pengajaran. Iaitu, pada akhirnya, realiti sentiasa akan menyakiti kita. Realiti menyentak jasad yang terapung oleh khayalan indah, lalu jatuh ke dalam kegelapan yang entah mana dasarnya.

Tapi realiti juga tempat kita diuji.

Kita, hambaNya yang sedang diuji. Akan diuji. Seolah ini arena yang dipenuhi oleh manusia yang bertanding dari segi kesabaran dan keimanan.

Entah apa aku mengarutkan, tapi mungkin itu hakikatnya.

Ini, realiti.


2022

RapuhWhere stories live. Discover now