Serotonin

32 1 0
                                    

Bagaimana jika seumur kau hidup, jiwa kau telah sakit? Lebih perit, kau tidak sedar jiwa kau sakit.

Jiwa sakit yang perlu memerlukan ubat. Orang sekeliling menganggap kau gila. Tidak waras. Tapi sebaliknya mereka yang membunuh kau setiap hari.

"Macam biasa ubat awak boleh ambil di farmasi ya?"

Aku senyum ke arah doktor cina itu sambil mengangguk. Tag namanya aku jeling. Dr. Tan. Walaupun sering bertemu, aku tetap lupa nama doktor psikiatri aku. Damn it Syaf.

"Terima kasih doktor"

"Alright Syaf, see you next month."

...

Sambil menunggu giliran di dalam farmasi, aku tertangkap sebuah tubuh lelaki duduk di sebelah aku. Tidak dekat, tidak jauh. Tapi cukup untuk nampak dia dengan jelas.

Aku macam kenal dia, tapi aku lupa. Ah abaikan Syaf.

Setelah mengambil ubat, aku keluar farmasi.

"Nur Syafiqa?"

Langkah aku terhenti. Aku menoleh ke arah empunya suara.

Siapa?

Lelaki yang duduk bersebelahan tadi. Separuh wajahnya yang ditutupi pelitup muka membuatkan aku sukar untuk mengenalnya.

"Saya kenal awak ke?" soal aku sambil mendekati lelaki itu.

"Muhammad Shafiq"

Lantas langkah aku terhenti sekali lagi. Bagaikan dipaku, aku tidak mampu bergerak apatah lagi bernafas dengan sempurna. Tangan aku mulai bergetar dengan hebat. Jantung berdegup dengan laju bagaikan marathon jauh.

Sesak.

Sakit.

Lemas.

Pandangan aku yang cerah bertukar kelam. Aku rebah lalu gelap segalanya.

Fuck panic attack.

...

"Serotonin in your brain regulates your mood. It's often called your body's natural 'feel good' chemical. When serotonin is at normal levels, you feel more focused, emotionally stable, happier and calmer."

"Tapi serotonin dalam badan aku kurang.."

Dia senyum kepada aku,

"Let me be your serotonin."




Tersedar. Aku di hospital?

Setelah memerhati kawasan sekeliling, aku pasti dan yakin aku sekarang di hospital.

"Awak dah bangun?" soal suara itu. Mungkin tadi aku tidak kenal milik suara itu. Tapi sekarang ya.

Muhammad Shafiq.

Shafiq.

Perut aku mula memulas. Geli. Tapi aku benci rasa ini.

"Apa awak buat kat sini?"

"Saya  cari awak"

Mudah saja jawapannya. Aku cuba mengawal emosi tatkala tangan aku masih lagi menggeletar.

"Saya rasa kita dah berbincang hari itu. Awak pun dah faham. Awak dah tak perlu cari saya kot?"

Shafiq mengeluh perlahan.

"Let me explain–"

Aku bangun dari pembaringan. Aku langsung tidak memandang wajahnya. Walaupun wajah itu yang aku rindu setiap malam. Wajah itu juga yang muncul di dalam mimpinya setiap malam.

"Kita dah jelas dengan perbincangan hari itu Shafiq. Saya dah tak nak ada kena mengena dengan awak lagi. Saya harap awak faham" aku bangun dan pergi ke kaunter. Aku tidak mahu ada disini.

Aku tak rela.

...

"Buat apa tu sayang?" sofa yang aku duduk terasa berat sebelah.

Terbuntang mata aku melihat dia. Macam mana dia ada di dalam rumah aku?

"What are you doing here, Shafiq?"

"I miss you sayang. I miss you so much."

Tangannya memegang pipi aku. Dia mengelus dengan lembut. Aku terbuai dengan sentuhan itu. Buku yang dibaca terus jatuh ke atas lantai.

"Berhenti Shafiq."

Aku bencikan rasa ini. Rasa yang masih ada. Rasa berharap kepada cinta yang telah lama mati antara kami berdua.

Sentuhan yang lembut itu secara perlahan bertukar menjadi ganas. Shafiq mula menggenggam leher aku. Dia menindih aku supaya aku tidak mampu melawan.

"Kau kena mati! Mati!" jerit lelaki itu.

Aku tidak mampu menjerit apatah lagi melawan. Air mata mengalir perlahan.

"Kau tahukan aku sayang kau? Aku sayang kau sangat Syafika! Tapi kenapa kau?? Kenapa kau buat aku macam ni?! Kenapa sayang?!"

Nafas aku bagai dihujing tanduk. Perit. Bila-bila masa nyawa aku boleh diambil malaikat.

Maafkan aku Shafiq. Maafkan aku.

"Ya Allah Syaf!!"

...

"Masuk kali ini, aku dah tak tahu berapa kali kau cekik diri sendiri Syaf."

Aku diam merenung dinding. Apa yang cantik sangat dinding tu aku pun tak tahu.

"Kau kenal aku Aya. Kau tahu aku macam mana"

Ayatul mendekati aku lalu memeluk aku dengan erat. Menyalurkan kekuatan.

"Aku faham apa kau rasa Syaf. Aku faham kau sakit. Selama ini kau terseksa, kau menahan sakit seorang diri. Tapi kau kena cuba bebaskan diri kau dari tempat gelap itu.."

Dia memegang tangan aku.

"Kau jangan takut. Aku, Ayatul Husna akan selalu ada untuk kau. Aku akan teman kau sampai kau sembuh. Okay?"

Aku tersenyum lemah lalu mengangguk.

"Terima kasih Ayatul."





...








RapuhWhere stories live. Discover now