Teruntuk kalian

14 0 0
                                    

Tahun ini kian tiba ke penghujung cerita. Ada pembaca yang tidak sabar ke penamat cerita meski masih panjang halaman muka surat yang belum dibaca.

Bagaimana dengan tahun kini? Apa yang berlaku? Mesti lelah bukan sudah berjuang hingga sekarang?

Sejujurnya aku sendiri juga lelah. Lelah dengan manusia. Semuanya kerana manusia dan diri sendiri. Satu persatu terjadi hingga pudarnya harapan di dalam jiwa. Direngut bahagia, dibawa lari jauh hingga sudah tidak mampu tersenyum.

Namun aku tetap masih disini. Menulis rasa terpendam atau mungkin meninggalkan pesanan terakhir.

Teruntuk kawan dan sahabat, terima kasih telah ada. Terima kasih untuk semua. Terima kasih meluangkan waktu kalian untuk berhibur bersama.

Teruntuk keluarga, terima kasih melayan karenah manusia seperti aku. Ada masa aku juga mampu melelahkan kalian. Maaf ya?

Teruntuk yang sudah pergi, semoga Tuhan memberkati kehidupan kau. Semoga mencapai segala hal yang kau inginkan. Semoga senyum selalu.

Teruntuk kalian yang sedang membaca ini, teruskan berjuang dan terima kasih kerana masih hidup hingga kini. Terima kasih kerana tetap ada.

Aku tidak akan ke mana-mana. Hanya menikmati kehidupan seperti biasa dan menyoal entah bila giliran masa aku untuk pergi. Jangan jadi seperti aku yang sudah hilang harapan.

Tapi hidup itu tetap perlu diteruskan.

Hingga kita bertemu lagi, jaga diri ya?

Jaga iman juga.


2022

RapuhTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon