11 bulan

14 0 0
                                    

Sepi ini membunuh aku. Dua mata saling bertatapan tanpa bicara walaupun sudah lama tidak bersua. Kali terakhir kami bertemu  ialah 11 bulan yang lalu. Memang itu yang pertama dan terakhir. Tapi kali ini Tuhan pertemukan kembali aku dan dia yang telah lama terkatup kisahnya. Entah kenapa mulut aku kelu untuk mengucapkan sebarang kata. Dia juga diam sambil menyisip kopi latte yang bau harum. 

"Lama tak jumpakan? Awak sihat? Are you doing well?" aku lontarkan soalan yang ringkas. Sekadar memulakan perbualan. Dia tersenyum kecil. 

"Alhamdulillah saya sihat. Setakat ni semua berjalan lancar, and my study pun okay. Awak pula?" 

"Saya macam ni jela. Takde apa yang berubah and menarik yang jadi." ujar aku secara jujur. Memang benar, tiada apa yang berubah. Hanya aku dan kehidupan aku yang membosankan.

"Termasuk perasaan awak kat saya? Dah hilang ke?" aku dah agak dia akan tanya soalan itu. Sebenarnya dari awal pesana ringkas yang dihantar oleh dia pun aku dah boleh agak. Boleh saja aku tolak mentah-mentah pertemuan ini. Namun, ada sesuatu yang mengacau jiwa ini. Aku sendiri tidak tahu.

"Bila saya cakap saya nak move on, saya tak tipu. Saya dah move on." Aku memandang kosong diluar tingkap. Begini la sifat aku. Tak berani bercakap sambil memandang tepat ke arah mata seseorang. 

"Tapi awak tak pernah mati dalam ingatan saya. Setiap detik saya bernafas, saya masih ingat kenangan kita. Ingat suara awak. Ingat perbualan terakhir dan lambaian terakhir awak masa tu. Saya move on, tapi saya tak mampu buang awak, Hus." sambung aku lagi. Aku cuba mengawal emosi sebaik yang mungkin kerana aku tak mahu nampak lemah di hadapan orang yang pernah aku cintai suatu ketika dulu.

"Kenapa saya tak halang awak? Awak pernah tanya dulukan?" Hus mengangguk masih tidak berkata-kata. Mungkin dia beri aku ruang dulu.

"Sejujurnya saya memang takut hilang awak. Bagai satu mimpi ngeri buat saya dan malangnya benda tu berlaku. Tapi bila awak memang nak pergi saya takde pilihan lain selain biarkan awak pergi. Kalau itu buat awak gembira, saya reda." aku jeda. 

"But past is past Hus. Benda dah lama berlaku pun kan? Awak pun bahagia saya tengok" aku mengukirkan senyuman kecil cuba menutup mendung di jiwa yang bertandang kembali menghadirkan satu rasa pilu. Jiwa aku sentiasa direngut pilu terlalu lama hingga memakan aku dalam diam. 

Pertemuan ini langsung tidak mengubati parut lama. Aku rindu pada dia tapi malangnya rindu pada seseorang yang bukan milik kita hanya menyakitkan. Tidak kisah sejauh mana kau mengikhlaskan maaf seseorang, nama dia tetap berada di ingatan dan menjadi kisah sedih dalam kisah percintaan. 

Apa yang telah berlaku pada kita Hus? Banyak perkara lagi ingin aku ceritakan. Seperti dahulu, hanya kita berdua di bawah rembulan saling bertukar cerita dan perasaan. Di mana kita sekarang? Apa kau masih melihat aku seperti dulu atau sebaliknya?  Hanya aku bersendirian disini menyumpah nama kau berpura-pura membenci walhal itu hanya wayang semata-mata. Aku tak mahu terlihat lemah di hadapan semua orang. 

Hidup perlu diteruskan walaupun aku harus hilang kau. Kau juga, lakukan hal yang sama. 

Aku akhiri pertemuan hari ini dengan ucapan jaga diri dan selamat tinggal. Lagi hancur luluh jiwa ini saat melihat ada wanita lain mendekati kau saat aku melangkah pergi. Mungkin memang ini yang terbaik. 


2023

RapuhWhere stories live. Discover now