Hus

18 0 0
                                    

Nak tahu? Aku punya harapan untuk kita. Aku punya harapan kita bahagia selamanya dan menjalani hari tua bersama meskipun waktu itu mustahil untuk tiba bagi aku. 

Mungkin kau hentikan segalanya kerana jarak memisahkan kita. Mungkin nanti kita akan bersama lagi lalu cuba menggapai impian yang kita bualkan bersama dulu. Mungkin ada di antara kita akan mempunyai kehidupan sendiri bersama orang yang baru.

Pada akhirnya, kita hanya cumalah cebisan memori yang indah. Masa dan jarak menjadi musuh. Hati dan jasad menjadi taruhan. 

Mungkin aku yang dulu akan sanggup menunggu kau. Menunggu hari bahagia kita menjelang. Menunggu untuk menjadi seperti yang dahulu. 

Tapi sekarang tidak lagi. Aku dah penat, kau tahu? 

Jiwa ini penat menanggung sakit yang dibunuh berkali oleh fikiran dan ekspetasi sendiri. Percayalah aku masih sayangkan kau. Jika kau menanyakan hal yang sama, jawapan aku tetap sama. Cuma sekarang aku perlu berhenti menyeksa jiwa ini. Jiwa aku layak mendapat tenang.

Aku akan cuba berhenti menyayangi kau. Aku akan cuba. 

Mengenali kau merupakan hal yang paling indah buat aku. Jika kau baca nukilan ini, aku cuma mahu kau bahagia selalu. Mungkin kisah kita akan berhenti sampai disini saja. Aku mahu menamatkan segalanya. 

Fi amanillah Hus,

jaga diri.





30/10/2022, 12.07am





RapuhWhere stories live. Discover now