Pertemuan pertama

21 1 0
                                    

Aku merenung sepasang mata miliknya. Secara perlahan mata aku beralih merenung bibirnya yang mengukirkan senyuman yang manis. Cukup indah ciptaan Tuhan yang satu ini.

Bagaikan di dalam mimpi. Aku bermimpi ke?

Sejak dia turun dari bas lagi aku tidak pernah sangka yang kami akan bertemu. Jasad yang dipisahkan oleh jarak kini telah bersatu. Mahu saja aku berhentikan masa untuk menikmati saat-saat indah ini.

"Awak kenapa?" soalnya masih lagi tidak lekang dengan senyuman.

Aku menggeleng, "Takde apa cuma.. macam tak percaya awak ada kat sini"

Dia ketawa.

"Saya pun tak sangka saya akan datang sini. Saya buat plan ni last minit tau. Tapi memang worth it sebab dapat jumpa dengan awak. Eeeee comel betul dia ni" dia mengacah mahu mencubit pipi aku. Aku sudah bersedia mahu mengelak.

Dalam kegembiraan ini, dia terpandang lengan baju aku yang terselak. Berubah terus riak wajahnya.

"Saya nak tanya sikit boleh?"

Aku angguk, "Boleh apa dia?"

"Banyak ke parut awak?"

Aku terkedu dan terus menggenggam lengan kiri.

"Kenapa awak tiba-tiba tanya macam tu?"

"Saya ternampak sikit tadi"

"Sebanyak mana awak nampak, itu jela parutnya" aku senyum cuba menutup kemusykilan dia.

"Betul?"

Aku mengangguk. Kami berdua senyum dan terus berbual hinggalah mama menyuruh kami makan. Selesai makan, aku mengangkat pinggan untuk basuh di sinki.  Dia masih setia di sisi aku.

"Labuh lengan tu, sinsing sikit nanti tak basah" katanya.

Aku pun bodoh mengikut kata dia, pergi sinsing lengan baju.

"Meh saya basuhkan pinggan awak."

Diam.

"Awak?" aku pandang wajahnya. Jelas reaksi mukanya terkejut. Untuk lebih kepastian aku memandang anak matanya.

Tepat ke arah lengan aku.

Aku tersenyum. Aku mengambil pinggannya dan terus menuju ke ruang tamu. Dia masih mengikuti aku.

Dia masih diam.

"Maafkan saya" ujarnya memecahkan kesepian antara kami.

"Kenapa?"

"Maafkan saya sebab takde waktu awak jatuh"

Aku terpempan.

"Listen this carefully. Parut saya ni tetap akan ada walaupun 1000 orang datang untuk tolong saya. Why? Sebab puncanya saya. Saya yang decide nak wujudkan parut ni" ujar aku tanpa mengalihkan pandangan kepada dia.

"Kenapa selama saya dengan awak, saya tengok awak okay je? Kenapa? Saya tak penting untuk awak?"

"Saya tak penting untuk awak?"




Tersedar.

Saat aku membuka mata segalanya samar. Pandangan aku samar. Aku mengejar nafas yang tidak teratur. Degupan jantung menjadi laju bagaikan berlari marathon.

Entah kenapa aku mahu menangis. Sekarang. Rasa sedih mencurah-curah, aku ingin berteriak melepas kekeliruan emosi ini.

Kenangan kami masih menghantui aku. Aku jauh berlari untuk mencipta kenangan baru. Tapi aku? Bagaikan tersekat di mesin masa yang kerap kali balik ke zaman lama.

Kenapa harus aku?











Felda Chini, Pekan, Pahang
10/2/2022

RapuhWhere stories live. Discover now