3rd May

17 0 0
                                    

Mereka kata masa akan mengubati segalanya. Rasa sakit, rindu, dendam, marah dan kecewa terus lenyap seolah sebuah permainan tiada kesahihannya. Masa juga akan mematangkan diri kau. Sepanjang perjalanan menuju alam dewasa, kau akan berjumpa pelbagai manusia yang memberi harapan dan pengajaran.

Itu cara semesta bekerja.

Tanggal 3 Mei. Sepatutnya hari kelahiran harus disambut penuh meriah oleh kawan-kawan dan keluarga. Mencipta memori terindah selama mana mereka masih ada. Namun, mereka sendiri menambah luka di dalam jiwa. Tapi aku tetap memujuk jiwa sendiri. Siapa lagi kalau bukan aku?

Aku benci hari lahir sendiri. Rasa murung dan sedih bersatu mencipta rasa negatif. Itu tidak baik untuk aku. Katakan pada aku, siapa nak bunuh diri pada hari lahir sendiri? Siapa tak nak gembira? Aku membaca satu persatu pesanan dari mereka. Kenalan rapat yang ada untuk aku dari dulu lagi. Aku bersyukur kenal mereka. Buat seketika aku gembira.

Rasa sunyi menjengah semula. Seolah berkawan rapat langsung tidak boleh dipisahkan. Aku benci sunyi. Tapi aku selesa hingga ia memakan dari dalam. Lalu, samar menghilang bersamanya.

Mungkin aku layak merasakannya.


3/5/2023

RapuhWhere stories live. Discover now