Dia

21 1 0
                                    

Aku tidak mengjangkakan itu lambaian terakhir buat kita berdua. Kau hadir saat aku lemah tidak berdaya. Kehadiran kau menghidupkan jiwa aku semula. Atau aku boleh cakap yang aku 'hidup' semula lepas kau ada.

Cara pertemuan kita tidak seperti yang lain. Bertahun lamanya berhubung namun tidak pernah bersua menatap wajah. Sekian lamanya setelah bertemu, aku harus menunggu bertahun lagi.

Secara tidak sedar, pantas saja aku mengungkapkan nama kau pada teman aku. Sering juga bercerita kisah lama. Ya, kenangan lama yang masih lagi membungakan jiwa ini. Aku mampu tersenyum bila teringat kenangan itu.

Tapi apabila satu persatu ujian berlaku, aku tidak mampu tersenyum lagi. Aku berharap kau ada di sini menjadi bahu untuk aku bersandar. Aku berharap kau setia mendengar masalah hidup aku. Aku berharap kau menjadi penghalang untuk aku menamatkan hidup ini. Aku berharap.. kau ada dengan aku untuk selamanya.

Aku hanya mampu melihat kau tersenyum menjalani kehidupan dengan gembira. Sedangkan aku? Kau cakap kau mahu jadi seperti aku, kerana aku kuat.

Aku tak pernah kuat.

Tak pernah.








unedited.


2022

RapuhWhere stories live. Discover now