[BAB 12] Ilahi

240 30 2
                                    

"I was willing to give you my sun, my moon and all of my stars. But my darling, you were not ready to take them."

~~~

Tuan Fakhrudin memasuki ruang persendirian itu bersama sebuah akhbar di tangan. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan seorang pemuda. Matanya menatap serius wajah pemuda itu.

3 minit berlalu

Namun belum terbit walau sepatah perkataan daripada mulutnya. Mereka saling berhadapan dengan ditemani suasana yang sedikit tegang. Tuan Fakhrudin mengunci bibirnya. Pandangan mata melirik ke arah Majalah Times di tangan. Dia berpura-pura tenggelam dengan isi kandungan walau setiap huruf yang terpapar seperti kabur. Ya, hakikatnya dia lansung tidak mampu fokus.

Sedetik kemudian, pemuda di hadapannya berdehem kecil sambil menyusun buah catur di atas meja. Tuan Fakhrudin melirik jam Tissot di tangannya. Akibat lama dalam permainan ego di tambah pula dia perlu menghadiri Konvensyen bersama Timbalan Menteri Pelajaran di Presint 7 pada pukul 2 petang nanti. Tangannya melipat akhbar itu dan meletakkannya dengan rakus di atas meja.

"Luq, tarik diri dari menjadi saksi pelacur suci itu." Ayahnya dingin.

Adam Luqman terkelu. Rupa-rupanya, diam si ayah kerana ingin memuntahkan sesuatu yang terbuku di dada. Wajah lelaki yang telah beroleh gelaran Tan Sri ditatap lama.

"Berundur saja. Kalau nak tolong pelacur suci itu dari segi kewangan untuk biaya kos guaman ke, tak salah. Tapi ayah tak mahu kau jadi saksi." Tegas ayahnya.

"Saya tak suka ayah menggelarnya seperti itu. Namanya cantik, Hawani."

"Baiklah. Ayah mahu kau tarik diri daripada menjadi saksi Hawani. Puas?" Tuan Fakhrudin memandang tepat matanya.

"Over my dead body." Luq sinis.

Lelaki berusia lewat 40-an itu mengetap gigi. "Ayah cuba merasionalkan diri."

Adam Luqman membalas pandangan itu sinis "Okay. Beri saya tiga alasan dulu. Saya perlukan alasan yang konkrit. Luqman sentiasa rasional tidak perlu dipaksa."

Tuan Fakhrudin berdiri dan berjalan perlahan. Dia mendepani anaknya. "Hanya tiga alasan?" Sedetik kemudian, dia tersenyum lebar. Dia mengelilingi kerusi anaknya sambil membaca fikiran pemuda itu. Jeda

Adam Luqman akur untuk mendengar. Tuan Fakhrudin berjaya mencari tiga alasan dengan mengukur skala senyum luar biasa beliau. Tidak susah untuk orang sepertinya mencari akal. Ah sepatutnya dia perlu minta lelaki tua itu memberi 10 bukan 3 alasan.

"Alasan pertama. Kalau kau jadi saksi bermakna kau dengan tak langsung mengaku ada habit melanggan pelacur. Di mana martabat kau sebagai peguam yang dihormati, yang tidak pernah kalah di pentas mahkamah? Malah kau juga anak seorang ahli politik." Tuan Fakhrudin menyilang tangannya ke belakang.

Adam Luqman terdiam. Setelah beberapa detik menimbangkan alasan itu. Dia mengangkat tangan dan melurus dua jari.

"Alasan kedua pula. Kita sama-sama lihat impak akan deklarasi itu sendiri bila client datang jumpa kau untuk khidmat guaman. Perkara pertama yang mereka akan nampak ialah muka penagih Belakang Mati."

Sejurus Adam Luqman bangun berdiri. Dihempas buah catur bishop di tangannya atas meja. "Ayah tidak perlu hina saya seperti itu. Nama tempat itu pun jijik bahkan untuk menjejakkan kaki." Darahnya masih dikawal agar tidak menyirap.

Tuan Fakhrudin tersengih. "Baru macam tu, suhu darah kau dah panas. Tengok macam mana tajuk akhbar tulis anak Tan Sri Fakhrudin pelanggan ke-99 pelacur?. Dia tak petik nama kau, tapi nama ayah."

MAGNIFICENTWhere stories live. Discover now