[BAB 2] My Beautiful

561 53 8
                                    

"Regard your soldiers as your children, and they will follow you into the deepest valleys. Look upon them as your son and they will stand by you even unto the death." ~Suntzu 

~~~

Hawani memakai Maksi yang harga mencecah belasan ribu. Seakan-akan baju miss world. Terbuka luas di bahagian belakang sehingga menampakkan setiap inci tulang belakangnya. Tidak cukup dengan itu, terbelah di paha. Dia tidak mampu menafikan baju ini sangat cantik.

Sepasang matanya melihat jasadnya dalam baju yang berwarna dark knight itu di cermin.

Cantik! Sangat cantik...

Mukanya yang mengukir senyum itu lama-lama menitis air mata  mengingatkan bahawa dirinya sedang memakai pakaian sejelek ini untuk perbuatan terkutuk. 

"Allahuakbar ujian apakah yang kau berikan ini? Kau tiuplah sedikit   kekuatan untuk aku menempuhinya."

Dua gelas jus anggur sudah dihantar oleh Kamil ke biliknya. Satu gelas terdapat ubat barbiturat di dalamnya. Itulah senjata ampuhnya malam ini.

"Hey my beautiful, you're extra beautiful in this gown. And look damn delicious." Irfan membisikkan di telinganya.

Senyap

"Dah bersedia dengan Kamal, pelanggan pertama kau?" Soal Irfan, dia melabuhkan punggung di kerusi.

Senyap

"Lantak kau lah nak bisu ke apa. Tapi aku bagi amaran untuk kau, kalau kau buat perangai macam ni depan Kamal, nahas kau. Dia dah bayar aku RM30 ribu."

"Kau tak payah risau nanti aku bagi bahagian untuk job kau. Aku takda la jahat sangat." 

"Irfan. Awak betul-betul nak buat saya macam ni? Awak memang tak rasa apa-apa langsung untuk lacurkan  isteri awak yang sah?! Jawab Irfan!" Tepit Hawani.

"Ya! Aku memang nak lacurkan kau. Kenapa? Ingat aku teragak-agak ke my beautiful?" Balas Irfan.

"Saya tak kisah kalau awak nak layan saya macam hamba. Tapi tolonglah jangan buat macam ni. Bunuh sajalah saya." Hawani merayu sambil memeluk kaki Irfan.

"Dah la dengan drama air mata. Aku ada banyak kerja. Cau lu"

"Irfan!!!!!"

"Kau akan menyesal untuk sepanjang hayat kau sebab buat aku dan perempuan-perempuan itu macam ni.  Aku akan pastikan kau jilat kaki aku untuk tebus semua dosa kau!"

"Ooo ya? Yakinnya kau."

"My beautiful, ingat ni kalaupun aku menyesal tu mungkin dah nak kiamat." Ujar Irfan sambil tersengih diikuti ketawanya yang terbahak-bahak.

~~~

"Nama tuan?" Tanya Hawani walaupun dia sudah maklum nama susuk lelaki di depannya ini.

"Kamal."

"Dato' Kamal bin Mokhtar." Jawabnya sambil tersengih menampakkan lesung pipit.

"Hmmm cantik" Puji Kamal sambil menatap wajah gadis itu, tak menyesal berhabis berpuluh-puluh ribu.

"Kamal kerja apa?" Tanya Hawani untuk berbasi-basi. Dia menarik tangan Kamal ke katil.

"Pengurus syarikat pembinaan. Kenapa?"
Tanya Kamal kembali. Dia tidak puas menatap wajah itu. Terlalu jelita, sungguh mengagumkan dengan mengenakan Maksi yang terbelah di paha itu. Malah auranya saja mampu mengalahkan sang primadona.

MAGNIFICENTWhere stories live. Discover now