[BAB 4] Fake Love

465 46 3
                                    

"She was beautiful. But above all, she was smart, she was kind, and she was brave. For she, was a women."

~~~

Hawani tidak tinggal di kolej universiti, memandangkan dia di tahun akhir jadi dia dan kawan-kawannya terpaksa mencari alternatif menyewa rumah di luar. Lagipun dia suka, sebab tidak perlu lagi mengikuti beberapa aktiviti universiti untuk penuhkan merit pada hujung minggu yang pasti akan memenatkan.

Dia berjalan setapak ke hadapan. Dengan sekelip mata wajahnya berubah menjadi kelat. Bas yang sarat penumpang itu berhenti. Penumpang didalamnya berhimpit-himpit antara satu sama lain.

Hawani menarik nafas  dan beristighfar. Dia terpaksa juga menaikinya dengan memaut lengan pada tiang tersebut. Pintu bas ditutup dengan bunyi udara hidraulik. Lalu bergerak perlahan ke destinasi.

20 minit berlalu

Akhirnya bas tersebut memberhentikan dia di bas stop. Hawani perlu berjalan sekitar 500meter untuk sampai ke mart yang menjadi pilihannya apabila berbelanja. Walaupun bintang dan bulan sudah menampakkan diri. Bandaraya Kuala Lumpur masih cerah.

Dia teringat pesanan ibunya agar yakin dengan pertolongan Allah. Juga menyuruh sentiasa bertawakal kepadaNya.

"Krek krek krek"

Hawani memandang belakang, tiada sesiapa tetapi kenapa dia merasakan ada orang sedang mengikutinya. Dia mempercepatkan langkah. Tapi dalam keadaan dia membawa  laptop dan beberapa buah buku di dalam beg galasnya membataskan pergerakannya.

Dadanya berombak kencang

Tidak semena-mena

Muncul seorang lelaki bermuka bengis di depannya. Hawani termati langkah. Lelaki itu berjalan perlahan-lahan mendekati Hawani.

"Jangan dekat! Encik nak apa?"

"Hahaha. Kau tanya aku nak apa?"

Hawani tidak menunggu lama untuk melarikan diri ke kawasan orang ramai. Dia berhenti dengan  termengah-mengah apabila merasakan lelaki itu tidak mengejarnya.

Lain yang jadi apabila muncul dua orang lelaki di depannya dan lelaki bermuka bengis tadi berada di belakangnya. Dia dikepung!

"Apa korang nak hah?!" Tanya Hawani dengan berani. Walaupun sebenarnya tidak sama sekali.

"Geng! Di tanya tu."

"HAHAHAHA" Mereka bertiga ketawa terbahak-bahak.

"Kami nak beg yang adik manis bawa." Salah seorang lelaki yang sudah berhenti ketawa berkata. Memandang tajam.

"Saya hanya student yang tinggal di flat. Korang rasa saya ni kaya? Dalam ni hanya ada laptop dan beberapa buah buku saja."

"Ahh aku tak kisah. Bagi apa yang kami nak sekarang!"

"Tolonglah encik semua. Jangan ambil laptop saya ni. Mak ayah saya takde duit nak beli baru." Hawani merayu. Tapi itulah hakikatnya. Ayah dia pasti marah jika mengetahui laptopnya dicuri.

"Kau nampak muka kami kisah?" Tanya seorang lelaki india.

"Begini. Kita lupakan dulu beg yang adik manis kita bawa, kita buat kenduri teruss. Makanan dah terhidang!"

"Caiyokk."

Hawani mulai gerun

Matanya berair.

Salah seorang lelaki cuba menarik kain tudung yang dipakainya. 

MAGNIFICENTWhere stories live. Discover now