[BAB 13] Villa

251 23 6
                                    

"You are the stars. I am meant to appreciate and admire you from afar." ~Adriana Collins

~~~

8.20 AM | Sri Bangsar

Hawani turun ke tingkat bawah kerana terdengar loceng berbunyi. Menandakan ada seseorang diluar. Dia mengintai dari langsir. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki di depan pagar.

'Adam?' fikirnya.

Hawani resah, tiada siapa di rumah ini, ia boleh mengundang fitnah. Lagi-lagi dirinya sudah sedia kontroversi. Hawani beristighfar panjang dan menpositifkan dirinya.

Dia melangkah berhati-hati ke pagar. Susuk lelaki itu membelakanginya, tapi dia masih kenal ini bukan Adam Luqman. Dia tidak dapat menebak siapa gerangannya. "Maaf encik cari siapa? Safiyya ke?"

Lantas lelaki itu berpaling. Alangkah terkejutnya dia "Farhi!"

Dia menerpa dan memeluk erat tubuh tinggi itu. "Masyaallah.. Farhi sihat?" Air matanya merembes laju.

"Sihat. Kakak ok ke?"

"Alhamdulillah.. Kakak bukan tanak balik cuma..." Tanpa sempat Hawani menjelaskan hal sebenar. Farhi memotong.

"Takpa. Kami sentiasa hormat keputusan kakak. Mesti ada sebab kakak berbuat begitu." Farhi tersenyum. Adik lelakinya yang kali terakhir dilihat waktu berusia 19 kini tumbuh besar.

"Setelah penantian 2 tahun, akhirnya Allah masih izinkan kita bertemu."

"Akak sering berfikir yang kita takkan bertemu lagi. Pengakhiran kakak mungkin seperti mangsa-mangsa Irfan yang lain. Tapi Allah itu maha berkuasa kan?" Hawani sebak.

"Ibu macam mana? Dia mesti sedih ada anak perempuan seteruk kakak."

"Jangan cakap macam tu. Ibu sihat, semua sihat. Kami cuma sedih dengan nasib kakak bersuamikan irfan. Masa kakak kahwin, Farhi gembira sangat sebab akhirnya kakak boleh keluar dari rumah tu. Tapi percaturan Allah lain. Mungkin ada hikmahnya."

"Hidayah selalu tanya pasal kakak. Farhi tak tahu nak jawab apa jadi Farhi cari kakak."

"Macam mana boleh jumpa?"

"Farhi call pejabat firma guaman yang uruskan kes kakak. Mereka tak bagi sebenarnya. Bila Farhi bagitau kita ada pertalian, dia sambungkan talian ke lawyer kakak."

"Nasrin?"

Adiknya mengangguk

"Kakak duduk rumah siapa ni?" Soal Farhi. Matanya melilau melihat rumah teres 2 tingkat itu dari luar.

"Rumah sepupu Adam. Kak Safiyya." Balas Hawani.

"Duduk elok-elok. Semoga Allah menjaga keselamatan kakak."

"Farhi kena gerak dah. Pukul 11 ada kelas." Dia menyalami tangan kakaknya.

"Farhi belajar mana?"

"UM, jurusan sains hayat."

"Alhamdulillah. Belajar rajin-rajin ya Farhi. Sekarang kaulah harapan keluarga kita. Tasnik niat belajar kerana Dia. Niat yang ikhlas akan menatijahkan keberkatan dalam menuntut ilmu."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 11, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAGNIFICENTWhere stories live. Discover now