[BAB 7] Rahsia

517 41 4
                                    

"She was a vision, stuck. In black and white, if only she could see how much colour she truly projected."

~~~

Adam Luqman berjaya membawa keluar Kayla dari villa itu, hal ini kerana Irfan tidak berani untuk menghalang. Luqman dengan gaya sang peguam berani mengugut Irfan untuk membocorkan rahsia itu. Ya! Luqman satu-satunya sepupu yang pegang rahsia terbesar Irfan, akhirnya lelaki itu terpaksa beralah.

~~~

"Hawani dah sedia diperiksa gynaecologist?" Adam Luqman menyoal dengan lembut. Dia lebih senang membahasakan Hawani berbanding Kayla. Nama itu lebih padan untuk figura di depannya.

Hawani tidak menghirau. Dia hanya menekur dalam keadaan membisu. Mata teduhnya masih terpaku di tajuk-tajuk akhbar yang bersepah di sekeliling. Tajuk akhbar itu menghentem susuknya.

Adam Luqman seorang peguam muda, profesional dan berjaya. Orangnya serius, adakalanya harus bergaya. Itu apabila situasi menuntut untuk dia berpenampilan sedemikian.

Hawani masih sama seperti tadi

Sikapnya itu memerangkap Adam Luqman ke dalam situasi yang janggal. Si profesional yang sangat berkaliber itu dilayan acuh tak acuh saja.

"Bukan saya yang ingin, tapi ini perintah mahkamah Hawani." Tambah Adam lagi.

Dada Hawani bergolak. Namun dia masih tetap sama. Tiada tanda-tanda untuk memberi respon. Dibiarnya kata-kata itu dibawa angin. Sesekali matanya melirik pada muka depan akhbar hari ini yang bersepah di lantai. Kekecewaan itulah yang memakukan lidahnya. Irfan tanpa sedar berhasil melumpuhkan mindanya.

'Siapa Miss Universe di kolong pelacuran?'

'Dakwaan memilih jadi bapak ayam walau bapa kaya-raya?'

'Dato' Hisyamuddin bermenantukan pelacur'

Adam Luqman mengeluh

"Hawani!" Adam Luqman membisikkan itu.

Tidak semena-mena dalam diam, Adam Luqman mempersoalkan kenapa mesti dia menjadi pelanggan terakhir. Pelanggan ke-99. Kini, dia mempertikaikan keinginan membuak-buak untuk melihat aktiviti Irfan pada malam itu.

Namun

Terjeratkah dia? Apabila seorang peguam mengaku akan menyelesaikan masalah pengadu dengan saluran undang-undang. Mahu atau tidak dia tidak boleh berundur. Janji sudah dimeterai.

Ya! Adam Luqman sudah di atas landasan yang dikira perjuangan. Untuk berhenti, dia harus menoktahkannya dengan titik kemenangan. Seorang peguam di kamar mahkamah, umpama pahlawan di medan perang. Kemenangan suatu kemestian. Itu matlamat sang peguam!

Pendakwa raya akan pastikan kes Hawani terbela. Menyokong tindakan gadis itu dan mendakwa Irfan. Si bedebah itu harus dihukum!

Dalam tak sedar

Adam Luqman sedikit bersalah kerana telah belot pada seorang sepupu yang cukup rapat dengannya sejak kecil lagi.

"Tak guna punya sepupu. Aku ajak kau ke villa itu. Kau rembat, caras bini aku. Mati kau sial!"

Mengingatkan ucapan itu. Adam Luqman mengetap bibir.

"Tolonglah Hawani. Dengar cakap saya ok?" Adam Luqman berjalan mundar mandir. Fikirannya serabut.

"Jadikan pengorbanan saya dua minggu larikan bini orang berbaloi. Isteri orang tahu tak? Biarlah, sekarang saya pegang kata-kata keramat ni, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan!"

MAGNIFICENTWhere stories live. Discover now