[BAB 1] Neraka

937 66 17
                                    

Baca dengan jiwa yang menunduk hamba padaNya. Bukan dengan nyawa yang angkuh mendabik pada langitNya.

~~~

"Kejamnya kau Irfan! Baru aku tahu tujuan kau mengahwini aku!" Jerit Hawani lalu melempar pasu ke tubuh Irfan. Membuatkan lelaki itu terpanar.

Irfan mengelak dengan jayanya. Pasu itu bertembung dengan kepala katil, lalu tergolek-golek di atas katil akhirnya jatuh di atas lantai.

Mata Hawani melekat pada pasu yang lansung tidak terjejas itu.

"Kalaulah aku boleh jadi seutuh pasu itu, kesucian aku tak akan tercemar dengan lelaki sekotor kau!"

"Apa yang cuba kau maksudkan Kayla? Tiba-tiba kau tuduh aku kejam tetapi atas dasar apa?" Tanya Irfan dengan mengecilkan matanya. Dia membuat muka polos tetapi dalam gaya yang cukup menjengkelkan pada pandangan Hawani.

"Perempuan dalam neraka kau! Dia bagitau aku semua kegiatan kotor kau. Kau lacurkan gadis-gadis yang kau jerat macam yang kau buat dekat aku!"

"Kau jadikan mereka hamba seks sambil mengaut wang! Aku tahu apa yang ada dalam villa kau ni iblis! Hartawan muda konon, padahal bapak ayam!" Hambur Hawani. Kemarahannya sudah kemuncak, tidak mampu ditahan lagi.

"Masa mula-mula kau bawa aku, aku pelik kenapa banglo ni penuh dengan manusia. Rupanya penuh manusia perosak!"

"Jadi aku ni setanlah? Bapak ayam? Kotor?" Irfan menyoal dalam nada gertakan dan ugutan secara halus.

Tanpa menunggu respon Hawani, Ifran keluar daripada bilik itu, lalu melaung nama pengurus yang mengurus orang-orang di villa itu.

Lantas menyerbu masuk seorang lelaki tidak cukup sifat dengan gaya lemah gemalainya.

"Apahal ni bang?" Tanya lelaki itu dengan suara yang sungguh lunak. Tapi sakit diperdengaran.

"Kamil...kau panggil semua betina betina tu!"

"Kenapa bang?"

"Jangan banyak tanya, kau panggil sekarang!" Herdik Irfan dengan nada yang tinggi.

Lelaki yang bernama Kamil itu tersentak. Tubuhnya yang liuk lentok bertukar tegak lurus. Kemudian beredar ke muka pintu sambil menjuihkan bibir. Kamil menjerit jerit dengan ton yang cukup tinggi memandangkan banglo itu sangat besar, tiada lagi suara keperempuanan nya. Menyuruh semua perempuan perempuan yang berada dalam banglo itu masuk.

"Kenapa?" Tanya Zieya yang mula mula masuk ke bilik itu.

"Mana la mak tahu." Balas Kamil dengan membahasakan dirinya sebagai mak.

Irfan kembali menghadap Hawani. Senyumannya sinis dihadiahkan kepada Hawani. Akhirnya seorang demi seorang memenuhi bilik yang paling besar dan gah dalam banglo itu.

Mereka diiringi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Amir. Wajahnya sangat tampan. Senyuman di vermilion itu cukup manis buat sesiapa yang memandang, bola mata nya mempamerkan sesuatu yang tersirat. Ada kejahatan tersembunyi disebalik wajah kacak itu.

Kejahatan yang tidak mampu diterjemahkan oleh tinta aksara hanya boleh didefinisikan sebagai kejahatan tanpa bernoktah.

Irfan memberi isyarat agar Kamil segera beredar dari bilik itu. Amir menampar buttock Kamil ketika lelaki sotong itu melintas di hadapan nya. Gaya Kamil berubah rentak apabila dia meliukkan kembali badannya. Lalu menghadiahkan senyuman buat Amir.

Dengan penuh hairan, Hawani memerhatikan kejelitaan dan gaya sofistikated perempuan-perempuan itu. Pelbagai persoalan memenuhi ruang fikirannya. Sungguh, Irfan berjaya menjerat perempuan-perempuan itu untuk diperdagangkan sebagai pemuas nafsu serakah pelanggan pelanggan di banglo itu yang terdiri daripada para hartawan.

MAGNIFICENTWhere stories live. Discover now