[BAB 10] Saksi

447 41 4
                                    

"When i used to think and feel about you, it was heaven. And now all it is hell."

~~~

Hawani terpanar saat matanya jatuh pada perempuan di hadapan yang berbaju blouse dan berseluar jean. Berbeza sungguh sewaktu mereka sama-sama terkurung di villa Irfan dulu yang hanya mengenakan baju paras luntut. Tubuhnya juga kurus kering dan tidak bertenaga seperti dulu. Mulut Hawani sedikit terlopong akibat terkejut, kerana tidak sangka berpeluang bertemu dengannya lagi. Kemudian dia bersuara memecahkan keheningan yang menemani mereka.

"Betulkah apa yang saya lihat ini? Subhanallah."

Perempuan di hadapan Hawani hanya tersenyum tawar. Ahh mungkin senyuman itu tidak dapat dikategorikan sebagai senyuman kerana terlalu nipis.

"Nama awak apa ya?" Hawani bertanya.

"Saya sangka awak tak ingin tahu. Hrmm Linda. Linda Rose."

"Hidup ini terlalu sinikal, am i right?" Tutur Linda. Wajahnya cantik, putih melepak tapi agak kelam.

"Too cynical, too sarcastic." Sambungnya lagi.

"Sejak awak mengaku yang kononnya awaklah memburukkan Irfan pada saya, saya ternanti-nanti peluang untuk bertemu dan menyatakan rasa terima kasih." Puji Hawani mengumpan reaksi Linda.

Namun, Linda masih seperti tadi. Beku, tiada rasa dan kosong! Tidak ubah seperti orang yang mempunyai masalah besar. Masalah yang tiada jalan keluar.

"Kenapa awak lakukan semua itu Rose? Nasib baik awak tak diterajang seperti dua lagi mangsa Irfan. Awak tahu, memori itu Allahuakhbar masih segar dalam ingatan saya. Bayangan..... perempuan muntah itu Nauzubillah." Hawani menarik nafas ngeri. Dia beristighfar meredakan rasa itu.

"Kenapa Rose sanggup bahayakan diri sendiri, mengaku untuk melindungi orang yang telah memburukkan Irfan pada saya? Awak... Awak sungguh berani tau."

"Panggil saya Linda. Rose sudah lama mati, bunyinya juga jijik di telinga saya." Baginya Rose adalah gadis baik, berbeza sekali dengan dirinya saat ini.

"Izinkan saya panggil awak Rose. Jika awak kata Rose sudah mati dalam diri awak. Tak! Dia di depan saya. Linda yang sebenarnya mati."

"Apa maksud awak?" Soal Linda Rose keliru.

"Bagi saya Linda itu bekas pelacur di villa Irfan dan Rose di depan saya ini orang baru yang akan berjuang bersama saya menghumban syaitan itu ke muka pengadilan."

Linda Rose terkelu, dadanya sebak. Dia mengangkat muka memandang wajah Hawani, mengukir senyuman ikhlas. Hawani rasa sungguh gembira melihat wajah itu tersenyum. Seperti ada sinar harapan di hari esok buat mereka.

"Hrmmm rasanya sudah lama saya tak senyum." Komen Linda Rose untuk dirinya.

"Awak tanya saya kenapa?" Linda mengulangi pertanyaan Hawani tadi.

"Malam itu ada abang besar booking saya. Dia pelanggan tetap Irfan. Orang tua tu kononnya setia pada yang satu, tak suka menukar pasangan. Heh! Isterinya boleh pula dia duakan. Mudah cerita dia memang mahukan saya."

Linda Rose berhenti, matanya melirik di luar jendela. Memandang titisan hujan yang lebat jatuh ke bumi.

"Bayangkan kalau Irfan kerjakan saya macam Sasha dan Zieya. Mesti saya terketar-ketar untuk menyambut pelanggan pada malam tu. Pelacur macam kita kena jaga prestasi, kalau tak harga merudum. Jadi kerana memikirkan yang saya kurang risiko untuk diapa-apakan Irfan, saya rasa tak rugi kalau saya mengaku. Saya selamat dan Jesyca pun selamat."

MAGNIFICENTWhere stories live. Discover now