[BAB 3] Memori Jahanam

494 48 2
                                    

"When i'm with you, love needs no explanation. It just it and we just are."

~~~

Hawani termangu di kerusi balkoni biliknya. Dia tidak tahu mahu membuat apa, jika dia berada diluar bilik bising dengan bunyi lagu yang dipasang oleh DJ.

Buku Terikat Tanpa Tali yang dipegangnya diletakkan di meja. Dia sudah bosan menghadap buku itu, jalan ceritanya persis dirinya. Hawani merasakan buku itu sedang memerli dia. Tapi lelaki dalam buku itu, tidaklah sesetan Irfan. Heroin itu patut membuat sujud syukur.

Hawani memandang disekeliling beranda itu, semuanya kawasan padang. Tiada rumah sesiapa berdekatan ini. Dia perasan, ada banyak kereta berjenama mewah terpakir di bawah. Kereta-kereta itu milik pelanggan yang datang ingin memuas nafsu serakah mereka tidak kira siang atau malam.

Chevrolet?
Mercedes?
Toyata Vellfire?
BMW?
Porsche?

Kenangan lamanya menembus ruangan minda Hawani.

Memori

Waktu itu dia bekerja sampingan sebagai pelayan restoran di Ibu Kota. Minatnya dalam bidang masakan tidak dapat dinafikan lagi. Hawani juga rajin memasak untuk menggemukkan perut roommate nya tempat dia menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

"Kayla! Pergi ambil order. Ada pelanggan masuk." Laung majikannya kerana keadaan yang bising membataskan pendengaran. Di tempat kerja, mereka suka panggil Hawani dengan nama Kayla kerana lebih mudah kata mereka.

Waktu itu dia dan kawan sekerjanya sedang menyediakan bahan untuk chef menyediakan hidangan. Apa yang dia minat dengan restoran itu, semua pekerjanya ialah perempuan. Kita semua sedar, kebanyakan yang terjun dalam bidang kulinari ialah lelaki, sebaliknya dalam kehidupan berumah tangga, selalunya wanita yang cenderung di dapur. Faktornya cuma satu, kerana lelaki mempunyai fizikal dan ketahanan mental yang kuat untuk terus berdiri dalam jangka masa panjang dalam bidang F&B.

"Ok saya pergi!" Laung Kayla juga.

Kayla berjalan laju ke bahagian depan yang menempatkan meja untuk makan. Tidak jauh sangat kerana restoran itu tidaklah besar, tapi dia khuatir pelanggan cemberut kerana waiter lambat.

Hikayat ini bermula disini

"Selamat datang ke Magnifecent, encik nak pesan apa?" Tanya Kayla ramah, dia juga tidak lupa menghadiahkan senyuman bersama seulas lesung pipit.

Irfan waktu itu sedang ralit meraba telefonnya di poket berpaling.

Terpukau...

Terkedu...

Tergamam...

'Gila! Aku tak pernah jumpa perempuan cantik macam ni. Cantik'

"Maaf, encik nak makan apa?" Tanya Hawani sekali lagi kerana merasakan pelanggannya masih tiada tanda-tanda mahu membuat pesanan. Kadangkala  situasi ini pernah terjadi beberapa kali apabila dia menjadi waiter.

"Ohh err" Irfan terkelu lidah. Dia pasti, dirinya jarang seperti ini.

"Ini bukunya." Kayla meletakkan senarai hidangan yang ada di restoran mereka di depan Irfan.

"Masakan apa yang paling sedap?" Soal Irfan memulakan langkah buayanya. Dia tidak mahu melihat buku itu. Ia mungkin mengambil masa sebentar bersama si cantik ini.

"Kalau encik tanya saya, semuanya sedap." Kayla tersenyum

"Apa makanan kegemaran kau?"

MAGNIFICENTWhere stories live. Discover now