[BAB 6] Lari

594 46 2
                                    

"I often struggle to speak from the heart, which is why i always write from the heart."

~~~

2 Tahun Berlalu

Adam Luqman memarkir kereta BMW miliknya di garaj, dia membuka pintu kereta dan keluar dari perutnya. Kelihatan penuh dengan kereta-kereta yang lebih mewah dari miliknya tersadai di parking itu.

Luqman mengeluh, dia sengaja ke villa ini untuk melihat aktiviti sepupunya, Irfan. Sebelum ini, kakinya tidak pernah menjejak ke lohong maksiat walaupun dia bukanlah kategori baik sangat. Setakat ini, dia tidak pernah lagi menyentuh mana-mana perempuan. Tidak semena-mena dia teringat perbualannya dengan Irfan lima bulan lepas.

"Kau pernah tidur dengan perempuan Luq?" Mata Irfan masih fokus di skrin televisyen yang memaparkan permainan GTA

Hujung minggu ini, Luqman datang bermalam di rumah teres dua tingkat milik Irfan. Kadang-kadang bila waktu lapang di hujung minggu, sepupunya itu yang datang ke rumahnya.

"Woi, kau tengok aku macam ni pun aku tak buat la kerja kerja macam tu." Luqman menggeleng kepala. Dia memandang wajah Irfan di sebelah. Ada sesuatu yang cuba disorokkan sepupunya itu. Ah dia malas ambik kisah. Luqman menumpukan semula perhatian pada skrin televisyen.

"Wine?"

"Apa, minum arak? Hell no!"

"Serius doh? Aku patut bagi kau anugerah lelaki terbaik Luq. Hahaha" Irfan ketawa besar, entah apa yang lucu.

"Semua itu salah di sisi undang-undang Fan. Kau tahukan, aku pengamal undang-undang alih-alih aku sendiri yang langgar. Tak ke orang akan persoalkan?" Luqman menggeleng kepala.

"Baik sangat sepupu aku ni. Meh aku 'jahatkan' sikit." Tutur Irfan mengejek.

"Sekejap. Kenapa kau tanya begitu? Kau pernah buat semua tu Fan?" Luqman memandang serius.

"Lebih daripada itu. Kenapa? Terkejut. Heh" Irfan tersenyum sinis.

"Selama ni kau bersepupukan with a real guy has ever walked on this earth." Irfan mengangkat kening.

Luqman masih memandang tepat ke wajah Irfan. Tidak percaya!

"Oi dah la pandang aku macam tu. Dah mula jijik dengan aku ke apa?"

"Sorry to say dah terlambat. Sebab petang tadi kau makan maggi kari bekas pinggan aku. Tapi jangan risau, aku takde HIV!" Irfan mempertahankan dirinya.

"Kalau kau tak pergi Amerika dulu, aku rasa kau takkan jadi macam ni." Luqman sudah tidak dapat menumpu perhatian pada permainannya. Dia mengeluh perlahan.

Irfan mengalihkan mata dari telefon bimbitnya, memandang wajah Luqman.

"Menyesal pulak sebab tak paksa kau dan Pak Ngah untuk letakkan kita belajar sekali di Berlin dulu. Haishh sekurang-kurangnya aku ada untuk tengok-tengokkan kau."

Luqman menghela nafas

"Tak payahlah kau salahkan diri sendiri, aku yang pilih jalan ini. Aku enjoy dengan life aku sekarang. Weh best ok!" Irfan ketawa lagi dan lagi.

'kau tak kenal aku lagi Luq.'

Luqman menggeleng kepala untuk menghapuskan bayangan memori dulu.

MAGNIFICENTWhere stories live. Discover now