P R O L O G

1.4K 96 8
                                    

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Dengan nama Allah yang maha besar lagi maha penyayang.
Dengan kalimah ini saya mulakan tirakat bicara. Marhalah madah ini mungkin agak perit untuk pena aksara  bercerita. Tetapi lubuk sanubari tetap mahu meneruskan niat yang suci itu.

Saya Hawani Kayla
telah telah banyak menderita tetapi jangan pernah salah faham kerana saya tidak pernah menyalah Allah SWT. Saya sedar Tuhan telah memberi jalur dan warna yang berbeza. Namun, biar pena ini ingatkan. Hikayat ini bukan kisah cinta Adam dan Hawa. Tetapi ia tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, hikayat tentang takdir yang manis setelah dikecap.

Hikayat Magnificent Love, kadangkala menggusarkan. Seringkali menyentuh perasaan dan menghujankan kebijaksanaan dalam kehidupan. Ianya hikayat sadis diselami kasih.

Peristiwa pahit bermula ketika saya masih di alam remaja, bapa cuba mencabuli jasad ini hanya kerana saya dianggap bukan dari darah dagingnya. Tetapi ibu menafikan sekeras-kerasnya. Ketahuilah, naluri seorang ibu selalunya tepat.

Sewaktu melayari bahtera perkahwinan, sang suami, manusia yang patut melindungi dan menyanyangi diri ini tegar melacurkan saya. Hati yang sudah rapuh itu berkecai dan hancur sehancurnya menjadi kepingan kecil.

Seterusnya sebaris nama Hawani Kayla dijadikan modal buat pengamal media melariskan akhbar mereka di pasaran. Hanya kerana, saya pelacur suci.

Namun

Percayalah selagi berpegang pada janji-janjiNya, saya tetap percaya ada hikmah disebalik setiap yang berlaku ini.

Sungguh

Tidak pernah terlintas dek akal  semua ini akan berlaku dalam hidup saya. Tetapi siapalah diri ini untuk menidakkannya.
S

aya tahu dan yakin Allah itu maha berkuasa dan maha melindungi.

Tetapi


Saya juga manusia yang imannya naik turun. Kadangkala pernah saya marahkan takdir. Kadangkala juga saya tampar pipi ini. Awak tahu, dunia ini kejam! Sering saya mempersoalkan, mampukah manusia selemah saya untuk menghadapi hari-hari begini.


Saya tidak tahu tujuan apa saya masih bernafas di neraka itu, semata-mata untuk memuaskan nafsu merekakah? Saya kehilangan 'nadi' dan 'jantung'. Barangkali saya memang tidak layak untuk bahagia. 

Sampai suatu ketika. Tuhan tunjukkan mengapa. Tuhan pamerkan kenapa. Tuhan perlihatkan apakah dia.

Ya! Saya hidup untuk melindungi manusia lain. Kelompok manusia yang senasib dengan takdir saya di villa itu.

Untuk Adam Luqman terima kasih kerana menyelamatkan Si Hikayat 99 malam. Terima kasih  menjadi Shah Jahan. Terima kasih juga kerana hadir sebagai Adam buat Hawa.

Buat Irfan Nasarudin, mengenali kamu racun yang membunuh jiwa. Jika saya tahu apa yang akan terjadi. Sesungguhnya saya pasti takkan pernah cuba wujud di Villa itu. Saya takkan benarkan kamu sarungkan cincin di jari manis ini. Saya takkan benarkan kamu menyentuh walau hujung kulit ini.

Walaupun begitu, terima kasih kerana hadir sebagai antagonis dan mengajar saya erti sebenar  realiti. 

~Hawani Kayla Srikandi Islam di rumah pelacuran

MAGNIFICENTWhere stories live. Discover now