[BAB 8] Plaintif

454 36 5
                                    

"Did you ever truly love me or did you just love the idea of me?"

~~~

"Kenapa Encik Luqman menarik diri sebagai peguam pelacur suci ini?" Wartawan itu menemuramah Adam Luqman, sewaktu Adam Luqman dan Hawani Kayla berjalan di ruang legar mahkamah.

"Tolong berfikir sebelum tanya jika mahukan kerjasama saya. Dia diberi nama oleh ibu bapanya, Hawani Kayla. Berhenti panggilnya dengan gelaran itu!" Kata Adam Luqman dengan tegas. Sepasang matanya merenung tepat iris mata wartawan lelaki itu. Lalu dia mengatur langkah bersama Hawani disebelah.

Adam Luqman terpandang pada figura seseorang yang dikenalinya.

Dato' Zahir!

Luqman tersenyum sumbing. Pada perkiraannya, galeri awam itu bakal dipenuhi penggemar Hawani daripada pelbagai kasta, daripada kasta biasa sehingga ke kasta atasan. Pelik juga memikirkan Dato' Zahir yang jarang ditemui di tempat biasa, sanggup mendedahkan diri di mahkamah. Tidak takutkah andai ada yang mengesyaki dia salah seorang pelanggan kepada pelacur suci?

Mata brown Hawani turut terpandang susuk lelaki korporat itu. Tidak semena-mena, mindanya memutarkan memori seakan kaset yang diulang tayang bermain di matanya. Lelaki itu yang dulu terus menerkamnya sebaik melangkah masuk ke biliknya di neraka Irfan. Sesak nafasnya untuk memujuk agar meneguk jus orange yang sudah sebati dengan ubat tidur.

Dato' Zahir seorang yang bertubuh tinggi lampai setanding Adam Luqman mengangukkan kepala dengan menayangkan senyuman buat mereka. Berderau darah Hawani, lututnya seperti tidak mampu lagi menampung beratnya, muka terus pucat persis kehilangan darah. Hawani melihat itu sebagai senyuman yang cukup sinis dan penuh muslihat.

Adam Luqman yang tersedar perubahan Hawani, memegang tangan Hawani yang berlapik dengan erat ingin menyalurkan kekuatan.

Wartawan masih ramai mengelilingi mereka, sesekali Adam Luqman menepis tangan wartawan yang menganggu jalannya. Hawani terpandang bekas suaminya yang berdiri tidak jauh dari mereka, siapa lagi jika bukan syaitan itu. Dia bersama perempuan yang agak seksi pakaiannya, mungkin model!

Irfan selamba sahaja menyauk tangan kekarnya ke pinggang ramping model itu. Lansung tidak berperasaan! Gediknya model itu, matanya bersinar. Mungkin terasa dirinya bintang yang sedang diperhatikan lensa-lensa kamera.

Akibat benci dengan pandangan yang mencemarkan itu, Hawani mengalihkan pandangan ke pintu galeri. Sungguh figura Hawani Kayla lansung tidak rasa cemburu. Cemburu itu apa? Adakah ia wujud dalam kamus dewan? Mungkin cemburu itu sejenis tumbuhan?

Irfan menaikkan ibu jarinya sambil mengherotkan bibir dengan senyuman sungging dihadiahkan khas kepada sepupu kesayangannya, Luqman!
Adam Luqman berasa jengkel. Irfan sungguh jelik pada pandangan matanya. Dia cukup bijak untuk meneka makna disebalik senyuman dan isyarat ibu jari itu. Ahh dia langsung tidak tergugat dengan ugutan halus itu.

"Itu Bonda Aleyah, mak mertua awak." Tutur Adam Luqman perlahan, tetapi cukup jelas diperdengaran Hawani.

Hawani pantas menoleh wajah ke arah lain. Enggan menatap wajah yang dimaksudkan Adam. Semua hal berkaitan Irfan sangat anti buatnya.

"Boleh ke kalau kita masuk Adam? Duduk dalam galeri awam. Tidak selesa saya duduk tercegat kat sini." Rayu Hawani dalam nada berbisik.

"Belum boleh. Lagipun dalam tu ada orang juga. Mana-mana tempat situasi tetap sama." Adam menjelaskan dengan sabar.

"Kalau begitu, apa kata kita tunggu dalam kereta sampai kes yang didengar Hakim tamat?" Hawani masih tidak berputus asa.

"Peguam yang mewakili defendan sedang minta kes ditangguhkan daripada Hakim. Percaya saya sekejap je ni. Mungkin jurubahasa sedang mengumumkan tarikh penangguhan. Kita masuk sebaik giliran kes awak tiba ya. Nanti polis akan panggil saya bila tiba prosiding kita."

MAGNIFICENTWhere stories live. Discover now