[BAB 9] Hikayat 99 Malam

470 35 2
                                    

"She was a goddes, built from grace. Strength and of passion. For she, was a girl."  

~~~

"Solat Hawani. Sebelum mengucap selamat malam pada alam solatlah sunat taubat. Ditakdirkan kita pergi, insyaallah kita berada dalam keampunanNya. Pintu neraka tidak akan terbuka buat mereka yang ikhlas bertaubat." Tutur ibunya lembut. Hasina ibunya seorang yang lemah lembut. Apalah nasib bersuamikan lelaki itu.

Allah SWT memegang jiwa yang sedang tidur. Kemudian, tidak melepaskan bagi yang sudah sampai ajal. Dia hanya melepaskan jiwa mereka yang masih diberi kesempatan. Usia ini hanya dipinjamkan buat kita.

Dia sedar motif ibunya sentiasa memberi pesanan yang sama. Solat-solat itu dapat melindungi diri daripada sikap prejudis si ayah. Dia malu untuk memberitahu, lelaki itu benci melihat wajahnya sebaik dia mencelikkan mata di dunia ini. Keadaan itu semakin parah apabila dia tumbuh sebagai remaja, tubuhnya kerap menjadi tatapan tajam si ayah. Ayahnya masih tegar tidak mengaku dia adalah dari benihnya.

Rasa ini sungguh sakit dan menikam hatinya.

Remaja lain tiada kasih seorang ayah kerana kematian telah memisahkan mereka.
Remaja lain tiada kasih seorang ayah kerana ayah mereka hilang ntah di benua mana.
Remaja lain tiada kasih seorang ayah kerana ibu bapa mereka sudah bercerai-berai.

Dia?

Remaja yang masih ber-ayah tetapi sang ayah itu tidak mengaku keturunan. Apatah lagi ingin mencurah kasih sayang.

Apakah dia patut bersyukur? 

Dia masih mempunyai ayah. Ahhh mungkin dia patut berdoa dengan lebih bersungguh-sungguh agar Allah membuka pintu hati ayahnya itu. Hrmmm mungkin dia patut rasa sedikit bersyukur. Mungkin!

Kadang-kala kerana takut diapa-apakan oleh Fahar. Balik sahaja dari sekolah, dia terus menyarungkan telekung solat. Dia membereskan kerja rumah dalam keadaan bertelekung.

"Bengong ke apa kau ni? Semak mata aku dengan pakaian pocong kau. Bila Si Hasina balik boleh pulak kau bukak!"

Dia sedar, selalunya Fahar memanggilnya pada waktu yang cukup bijak. Waktu dimana Hasina tiada di rumah.

"Allahuakbar... Kayla tak dengar tadi."

Hawani tersengih kelat memikirkan itu.

Hakikatnya, kaedah ibunya benar-benar berhasil menyelamatkannya. Terlalu ramai lelaki menggelar diri mereka sebagai ayah. Namun, jijiknya betapa mereka tergamak merosakkan anak gadis sendiri. Syaitan bertopengkan manusia seperti ini wujud dimana-mana. Lagi malang, apabila si ibu tidak percaya akan perbuatan belot si suami.

Dunia ini sudah ketandusan orang baik kah?

Dimana sifat insaniah mu wahai lelaki? Allah mengangkat kamu sebagai khalifah untuk kamu membimbing perempuan-perempuan ke syurga.

~~~

"Tarik balik dakwaan itu bodoh! Atau kau akan terima natijah yang tak terbayang dek akal!" Irfan melaung kuat, dia berjalan dengan gagah mendepani mereka. Di belakangnya terdapat Amir. Irfan memandang bengis wajah Hawani. Mukanya yang putih sudah bertukar merah!

Hawani dan Adam sedang berjalan kaki ke tempat parking kereta yang agak terpencil. Mereka baru selesai membeli pakaian untuk Hawani. Hal ini kerana, Hawani rumah hanya sehelai sepinggang.

Kaki mereka terpaku sebaik mendengar suara Irfan yang menyentuh gegendang telinga.

"Apa?" Soal Adam.

MAGNIFICENTWhere stories live. Discover now