Tetamu

176 14 0
                                    


Hari minggu merupakan hari untuk berehat bagi semua pelajar, terutama sekali selepas menelaah 12 subjek dalam masa 5 hari berturut-turut. Itulah rutin bagi Haura dan Mawar.

Tetapi, bagi Mawar rehat itu bermakna apabila tiada kerja sekolah. Selagi wujud buku yang membawa kepada kerja, pasti itu bukan bermaksud cuti. Kalau tak suka buku, buat macam mana pun tetap sama. Itulah Mawar Mawaddah.

Namun, jangan menilai buku hanya pada kulit.

MAWAR MAWADDAH

Siapa saja yang tidak mengenali si gadis pintar, petah berkata-kata itu. Walaupun buku bukan perkara yang disukai namun, apa guna teknologi jika tidak digunakan.

Study Smart.

Banyak cara yang Mawar cuba lakukan supaya segala maklumat digapai. Buku bukan penghalang untuknya berjaya.

Bestiey💕

Assalamualaikum sobat.

Waalaikumsalam, yo.

Kau free tak?

Bila?

Harini

Pukul berapa tu?

Sekarang kol 7.05 pagi. Kol 7.45
pagi?

Bereh. Kat mana?

Aku dtg rumah kau lah. Senang
sikit. Boleh kan?

Blh je💃

Alright💋

Euw!😱

~•••••••••••••••~


Mawar tergelak selepas melihat maklum balas Haura daripada Whatsapp. Sama gila dengan Mawar. Kita panggil, sefrekuensi. Yeah.

Sejurus itu, dia bersiap dengan membawa 'musuh-musuh' (buku) dan buku digital.

*blurb*

Author : Oh..! Buku digital baca pula.
Mawar : Writer nak saya tidur ke semasa shooting?
Author : Fine.

*finish*

Hanya 5 minit sahaja perjalanan Mawar untuk ke rumah Haura. Dengan berpakaian baju jersi berwarna putih corak bunga sakura merah jambu dan seluar track adidas bergaris kuning. Badan Mawar kecil sahaja, jadi tidak pelik jika kebanyakkan bajunya agak berjenama kerana ramai daripada saudara-mara perempuan yang berikan.

"Assalamualaikum! Haura, ni Mawar ni.", ucap Mawar sebaik saja tiba di hadapan pagar rumah milik Puan Arissa.

"Waalaikumusalam Mawar. Masuk lah. Pagar tak kunci pun, Haura ada kat dapur.", sambut Puan Arissa di muka pintu.

Mawar menghulurkan tangan untuk bersalaman dan meminta izin untuk ke dapur berjumpa Haura.

"Amboi.... Rajinnya anak dara kita ni."

Haura yang sedang mengaul Nasi Goreng Kampung  menoleh kebelakang untuk melihat empunya suara. Rasanya mendengar saja sudah tahu siapa homosapiennya.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now