Syukran...

129 11 2
                                    


Gadis comel itu membelek cincin yang terletak cantik pada jari manisnya. Tidak disangka bahawa lelaki yang meminangnya merupakan lelaki di lapangan terbang tempoh hari. Tambahan lagi, lelaki itu pernah satu institusi dengannya cuma gadis itu tidak perasan.

Tali pertunangan telah diikat, hanya tunggu masa sahaja hadir untuk menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan yang sah. Melebar senyuman gadis itu apabila teringat semula kisah dimana ibu dan ayah bakal suami meminangnya.

Terkejut.
Malu.
Seronok.

Sesi taaruf yang singkat sahaja dilakukan kerana pemintaan daripada gadis itu juga. Sejak lahir tidak pernah didampingkan dengan mana-mana lelaki melainkan abi dan abangnya.

"Amboi, sampai ke telinga senyum tu! Ibu masuk pun tak perasan.", usik ibu apabila melihat anak daranya sedang tersenyum manis sendirian. Bakal jadi raja sehari, siapa saja tidak suka?

"Nampak sangat ke ibu? Sampai ke telinga?". Waheeda memegang pipinya supaya tidak kelihatan gembira sangat. Malu pula jadinya.

"Anak ibu dah nak jadi isteri orang dah. Syurga adik ada pada suami adik dah lepas ni. Hormat suami dan jadi isteri yang solehah. Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu.", nasihat ibu dengan lembut.

Selepas ini, ibu dan abi akan duduk berdua sahaja kerana Wahid iaitu abangnya telah berkahwin dan punya dua orang anak manakala Waheeda pula bakal berkahwin kelak.

"Syukran ibu atas nasihat. Akak akan usaha untuk jadi anak dan isteri solehah. Sayang ibu.", ucap Waheeda seraya memeluk ibunya. Pelukan ini yang telah dia rasai selama 24 tahun bersama segala perasaan. Segala yang tersirat disalurkan kepada ibunya agar perasaannya kembali normal.

"Adik, ibu abi sayang adik."

Terlakar kegembiraan antara dua beranak itu dan harapan yang menjulang tingginya sebagai ibu untuk melihat si anak bahagia.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Mawar sekarang masih berada dalam tempoh nifas. Luthfan menyuarakan pandangan ada baiknya Mawar bermalam di rumah mama iaitu Puan Maryam supaya dapat tengokkan Mawar. Luthfan bukan tidak mampu menjaga tetapi dia sudah belajar daripada kesilapan lepas.

Mawar dijaga dengan rapi oleh Puan Maryam malahan sedikit kekurangan tidak terzahir. Maklumlah bahawa Puan Maryam teringin anak perempuan tetapi tiada rezeki.

Namun, berita berkenaan kehilangan Haura masih lagi tidak diketahui oleh Mawar kerana Luthfan risau isterinya akan risau. Luthfan memberitahu Mawar untuk keluar berjumpa Dheos sebentar.

Dalam perjalanan ke rumah Dheos, Luthfan mendapat mesej daripada Dheos lalu memberhentikan kereta di bahu jalan demi keselamatan.

Dhoes Single

SOS!!!!!±

Wey kenapa?

🌏
*send location*

Apa ni wei? Corok
dunia mana ni?


#-#-#-#-#-#-#-#-#-#

Dheos tidak lagi berstatus 'online', malahan mesej terakhir Luthfan hanya satu 'tick' sahaja. Ini menambahkan kerisauan Luthfan. Kadang-kala, Dheos suka bertindak mengikut kepala dia saja tanpa meminta pandangan orang.

Segera Luthfan mengikut arah yang dibawa oleh aplikasi Maps itu ke lokasi yang dihantar sebentar tadi. Pada masa yang sama, Luthfan membuat panggilan secara bluetooth ke kereta agar pemanduannya tidak terganggu.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now