Ekspedisi

118 10 5
                                    


PAP!!

"Aduh!!! Apa salah aku? Rangka bila bernyawa memang seram betul.", adu Mawar apabila lengannya yang putih memerah dipukul Haura. Balasan.

"Apa salah aku? Wow! Salah kau ialah.....", Haura memberhentikan katanya dan mendekati Mawar.

Dia membaling bantal yang ada di atas katil ke muka Mawar dengan kuat sehingga Mawar tersembam ke katil.

"Balasan! Ini kali kedua kau tinggalkan aku tau. Nasib Pak Singa UK tu tak buat keputusan jadikan aku mak kepada anak-anak ikan dia. Eeeeeee!", geram Haura. Rasa nak tekup saja muka Mawar dengan bantal agar tidak bernafas.

"Aku ingat kau lari sekali. Tapi tak. Pastu aku terselisih dengan bakal imam, itu yang.... Hehehehe lupa kawan jap.", ujar Mawar sambil membetulkan rambutnya yang telah serabai.

Memuncung bibir Haura seperti itik apabila menerima alasan daripada Mawar. Geram. Marah. Bersyukur. Semua bercampur baur.

"At least, aku dapat tengok sahabat aku macam dulu balik. Eeeee rindunya." Mawar terus memeluk sahabatnya yang sedang merajuk itu. Sengaja mahu simbah air sejuk kepada hati yang panas.

Haura menggeluh sahaja. Malas dilayan si Mawar yang kadang serius, kadang main. Sabar saja.

"Dah dah. Tak payah nak buat drama kat sini.", Haura menolak Mawar yang edang memeluknya. Pagi ini, dua kali mereka mandi. Semua sebab ikan.

"Haura! Aku ada idea. Apa kata, lepas ni kita pusing satu rumah Daiyan. Kawasan larangan tingkat 3 je kan? So, kawasan lain boleh lah teroka. Hehehehe.", cadang Mawar kepada Haura.

"Nanti apa pula Pak Singa UK tu cakap. Tak payah lah.", tolak Haura.

"Ala.... Bosanlah kalau asyik terperuk je. Jom la.... Jom la.... Jom la.....", rayu Mawar dengan membuat mata comelnya. Kening sudah tebal, buat muka comel pula.

"Iya.... Tapi janji jangan naik tingkat 3 ek. Aku tak nak tanggung risiko.", kata Haura seperti mereka bakal melakukan suatu ekspedisi yang merbahaya.

"Janji!", balas Mawar seraya menguncikan jari kelingking ke jari Mawar.

"Janji!", balas Mawar seraya menguncikan jari kelingking ke jari Mawar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Daiyan yang baru selesai mandi keluar daripada bilik air. Dia juga terpaksa mandi dua kali kerana terlibat dengan simbahan air kolam ikan.

"Dheos, aku nak keluar jap. Dalam Zuhur macam tu aku balik. Si Luthfi ni mengada minta aku teman dia beli cincin tunang.", pinta Luthfan apabila melihat Daiyan keluar daripada bilik air.

"Serius ah? Kau tak pernah cakap pun yang abang kau dah ada calon.", terkejut Daiyan. Sedikit cerita pun dia tidak tahu berkenaan bakal kakak ipar Luthfan.

Abang Lithfi sudahlah kacak dengan muka kacukan Italinya. Tambahan lagi, bukan jenis bersosial sangat. Tahu-tahu dah nak tunang.
Buone notizie!

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now