Someone

115 10 0
                                    


Bunyi pancuran air yang kuat menjadi halwa telinganya sejak mimpi buruk mula mencorak semula. Setiap kali mimpinya kembali pasti air mata akan mengalir dengan sendiri apabila dia tersedar daripada lena.

Dia menutup pili air yang dipasang untuk membasahkan badan pada Jam 0330. Matahari masih malu untuk bersua dengan langit tetapi mata Dheos sudah segar seperti siang hari. Tuala dicapai untuk mengelap badan yang basah seraya melilit pada paras pinggang.

Wuduk telah diambil lalu segera dia menyarung kain pelikat bersama kurta bewarna ungu plum. Sejadah dibentang menghadap qiblat sebagai syarat sah solat.

Seterusnya, rukun-rukun solat dilakukan mengikut tertib sebagaimana telah thabit di dalam kitab fiqh. Tiba pada sujud terakhir, Dheos mengambil masa yang agak.

Cinta manusia mula bertaut apabila mata bertemu dengan mata namun apabila dahi bertemu dengan sejadah, bertaut kasih antara hamba dengan Sang Pencipta yang Azaliah wal Abadiah.

Bacaan tasyahhud pada tahiyyat akhir dibaca bersama selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Seterusnya, lafaz salam diiringi dengan sedikit palingan kepala ke kanan.

Dheos meraup mukanya bersama doa,

"اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ"

Setelah itu dia memulakan wirid dan zikir yang hanya mengambil masa tidak lebih daripada 10 minit. Tapak tangan mula bertemu pada bahagian tepi antara satu sama lain seraya menzahirkan isi hati dalam berdoa.

Segalanya Dheos luahkan kepada Allah SWT meskipun Allah Maha Mengetahui segala-galanya mbahkan perkara yang terlintas dalam hati seorang hamba kerana apabila ikatan bersama cinta dipatri pasti tiada lagi penghalang untuk mengabdikan diri.

Selawat ke atas Nabi dilafaz bersama doa yang afdhal diamalkan. Sebaris nama yang mula ditanam akan selalu disebut supaya nutrien dapat dibekalkan agar bercambah. Andai tiada cambahan, akan dia meredhai ketentuan itu kerana Allah SWT Maha Adil.

Setelah itu, Dheos meneruskan dengan membaca Al-Quran sementara menunggu masuknya waktu Subuh. Hari ini ialah hari terakhirnya di Malaysia kerana dia dan Luthfan akan menjalani peperiksaan semester akhir tidak lama lagi.

Daiyan Zulfan atau dikenali dengan Dheos merupakan seorang yang ceria pada asalnya namun kerana kehilangan, dia mula berubah tetapi dengan ilmu agama hasil didikan seorang ayah, sedikit demi sedikit mula jalan penghijrahannya.

Jam 0445, Dheos menghentikan bacaannya lalu menenyeh mata dengan belakang tangan. Tiba-tiba perasaan rindu menyerbu hatinya lantas mengizinkan takungan air mata jatuh setitis demi setitis.

Gambar Encik Fakhiruddin di pandang melalui skrin telefon seraya mengusap dengan ilusi sahaja. Perjuangan hidup mesti diteruskan kerana yang pergi merupakan ajalnya dan yang hidup menanti tiba. Masa masih berjalan dan tidak akan sesekali menunggu.

"Abah, Dheos akan selalu doakan untuk abah. Walaupun alam kita berbeza. Ibu, Dheos rindu sangat dekat ibu.... Sekejap ja Dheos dapat rasa kasih Ibu, then... Ibu pergi buat selamanya dengan adik. Dheos doa kita berjumpa di sana, satu syurga. Dheos nak tatap dan peluk abah, ibu dan adik.", luah Dheos bersama tangisan kecil.

Sedang asyik melayan perasaan, masuk satu panggilan bersama nama pemanggil. Dia mengesat terlebih dahulu matanya sebelum menekan butang hijau.

Rupanya Luthfan menelefon Dheos semata-mata mahu mengingatkan masa penerbangan mereka agar tidak terlepas. Sempat juga Luthfan memerli Dheos kerana suara yang kedengaran serak basah.

 Sempat juga Luthfan memerli Dheos kerana suara yang kedengaran serak basah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now