لا تحزن

211 13 6
                                    


Selepas 7 tahun......

"Abang, tengokkan anak tu. Bahayalah bagi diorang main sorang.", ujar Mawar. Perut yang memboyot menyukarkan pergerakannya. Sejak mengandung anak ketiga, Mawar menjadi cepat penat pula.

"Baik sayang.", akur Luthfan. Tangan kanannya sibuk mendukung Firas iaitu anak kedua mereka. Luthfan yang hanya mengenakan singlet hitam dan seluar adidas bergerak menuju ke arah Harraz dan Fahmi.

Persisiran pantai menjadi destinasi Harraz dan Fahmi bermain pasir. Mawar menasihati mereka agar tidak menghampiri laut selagi Abi tidak turun, maka mereka akur.

"Anak-anak Abi buat apa tu?", soal Luthfan. Sengaja dia bertanya sebagai mukaddimah sahaja. Dia melabuhkan punggung ke atas pasir pantai.

"Abi!!!", jerit Faris. Manakan tidak jika Luthfan telah duduk di atas sebuah rumah hasil binaan Faris.

"Ha! Ops.... Sorry Angah. Abi tak perasan rumah Angah sebab kecil sangat.", ujar Luthfan sambil menutup mulutnya dengan tangan kiri tanda terkejut.

Muka Faris sudah berubah merah. Bukan kerana marah tetapi sedih usahanya dalam membina rumah daripada pasir telah musnah. Penat dia belajar daripada Along nya iaitu Harraz.

"Bagitau Ibu. Huargh!!!" Faris berlari ke arah Mawar dengan tangisan yang hiba. Sayu betul dia. Luthfan dan Harraz melihat gelagat Faris yang sedang mengadu kepada Mawar.

"Abi, along nak baldi tu boleh?", pinta Harraz apabila adiknya sudah tidak menggunakannya lagi. Lalu, Luthfan ambil menggunakan tangan kiri dan serahkan kepada Harraz.

Matahari tidak terlampau menyinar, suasana yang damai menambahkan lagi ketenangan percutian mereka sekeluarga. Luthfan mengusap kepala Firas sambil memerhati Harraz.

"Abi, along nak tanya boleh?", pinta Harraz. Sememangnya, dia sering kali bertanya namun lebih elok jika dia meminta izin terlebih dahulu. Ajarkan adab supaya mereka mengetahui.

Luthfan mengangguk tanda membenarkan tindakan si anak. Senyuman terlakar menandakan kesenangan hatinya menerima segala soalan.

"Tadi kan, along basuh baldi ni guna air laut tapi tapi tapi along tak masuk laut pun. Along cuci je. Pastu, along ketuk sikit baldi tu sampai air tu kena muka along. Along ter-rasa air tu hehehehe. Kenapa air laut masin?", panjang cerita Harraz rupanya dia ingin bertanya perihal air laut sahaja.

"Along nak tahu kenapa?", soal Luthfan. Dia membuat muka suspen agar sifat ingin tahu Harraz semakin tinggi.

"Nak nak nak!", girang Harraz ingin tahu. Anak yang masih kecil pasti punyai sifat ingin tahu yang tinggi.

Firas yang berada di dalam dukungan Luthfan dibetulkan. Boleh tahan berat juga Firas ini.

"Jom", Luthfan mengajak Harraz pergi menghampiri air laut. Dia memimpin tangan Harraz yang menyebabkan Luthfan terpaksa membongkok sedikit.

Sampai di tepi laut, Luthfan membongkokkan lututnya. Harraz hanya mengikut sahaja langkah abinya.

"Cuba along rasa air laut ni", arah Luthfan.

"Erm.... Masinlah abi... Tadi along dah rasa. Bluerk", jawab Harraz. Dia tidak mahu mengulanginya.

"Masin? Kalau masin, maknanya ada apa?"

"Erm..... Garam!"

"Kenapa garam? Kenapa bukan ikan masin? Ikan kan dalam laut. Garam dalam laut ke?" Soalan perangkap telah Luthfan cipta. Dia tahu tahap kemampuan Harraz dalam berfikir.

"Sebab along selalu dengar ibu cakap, 'kalau nak masin letak sikit lagi garam' dan ibu selalu cakap, 'along, makanan ni masin sebab ada garam'. Tak pernah pula along dengar ibu cakap sebab masin ialah ikan masin.", jawab Harraz dengan yakin. Tangannya berada di dagu tanda berfikir.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now