Sebenarnya Baik

125 12 4
                                    


"Ummi.... Ummi kena tahu yang anak dara tak elok duduk serumah dengan anak teruna. Tak boleh. Nehi. Laa nastathiu'. Non posso.", larang Haura dengan segala bahasa keluarga daripada bahasa Melayu, Bahasa India, bahasa Arab ke bahasa Itali.

Puan Arissa yang sedang membasuh pinggan di singki memusingkan badannya menghadap Haura. Dia memandang Haura yang sedang duduk di kerusi dapur basah.

"Haih... Tak habis lagi ke?" Malas Puan Arissa melayan anak daranya.

"Ummi!.... Perkara ni tak akan habis selagi Ummi tak bagi cadangan lain. Tak boleh ke akak duduk kat rumah Mawar ke? Ha! Idea bagus tu.", cadang Haura sambil tersenyum.

"Tak perlulah susahkan Mawar. Lagipun, nanti apa pula Puan Maryam cakap, dia dah bagi tempat perlindungan kita sombong pula.", jawab Puan Arissa.

"Ummi.... Haura bukan sombong tapi tak elok anak dara duduk serumah dengan lelaki bukan mahram. Nanti apa orang cakap, tak manis lah Ummi.", kata Haura dengan nada sedih. Rasa mahu menangis bila Umminya buat tidak endah. Huuuuu!!!

"Bilik Mak Mah kat sini. Nanti kalau nak apa-apa panggil je Dheos. Dheos duduk kat tingkat 3, jadi call Dheos jelah ya.", beritahu Daiyan kepada pembantu rumah yang akan duduk serumah dengan mereka.

"Baik tuan muda.", kata Mak Mah.

"Mak Mah, panggil saya Dheos je. Tak perlu sebut tuan muda ya.", ujar Daiyan kepada Mak Mah seraya meletakkan beg sandang milik Mak Mah ke lantai.

"Tapi ini arahan Dr. Fakhirudin. Mak Mah ikut je.", jawab Mak Mah.

"Hahahaha. Mak Mah, sekarang abah tak ada, jadi panggil Dheos je. Selalu Mak Mah datang rumah ni panggil Dheos je." kata Daiyan.

"Kalau lagu tu, Mak Mah panggil Dheos ya.", kata Mak Mah.

"Tafaddhol.", kata Daiyan lalu Mak Mah pamit diri untuk membersihkan diri sebelum memulakan kerja.

Haura dan Puan Arissa hanya menjadi pemerhati kepada perbualan mereka berdua. Daiyan memandang Puan Arissa dan memberi senyuman manis tetapi kepada Haura terus mukanya menjadi seperti Angry Bird semula.

"Tak ada masalah dah lepas ni sebab Mak Mah duduk sekali dengan kita. Kau tak payah susah-susah fikir nak tidur mana.", kata Daiyan kepada Haura.

Sejak keluarga Haura tinggal di rumah itu lagi, Daiyan sudah memikirkan untuk membawa Mak Mah duduk sekali kerana Puan Arissa yang memaklumkan kepada Puan Maryam bahawa Haura pasti tidak selesa tinggal serumah dengannya.

"Mulai hari ni, Mak Mah akan tinggal serumah dengan kita semua jadi Puan Arissa tak perlu susahkan diri untuk memasak, mengemas dan lain-lain. Semuanya Mak Mah boleh buatkan. Puan Arissa buat macam rumah sendiri saja ya.", maklum Daiyan kepada Puan Arissa yang sedang berdiri di hadapan singki dapur.

"Terima kasih ya Daiyan. Susah-susah je kamu buat macam ni. Panggil je mak cik, tak yah lah puan.", ucap Puan Arissa.

"Kasih diterima. Tak susah pun. Baik mak cik. Erm... Mak cik,boleh tak saya nak cakap dengan Haura kejap. Kejaaaap je.", pinta Daiyan dengan senyuman manisnya. Terlihat lekuk lesum pipit pada kedua belah pipinya. Manis.

Haura yang sedang meneguk air terus tersedak.
"Huk! Huk! Huk!"

"Akak dah kenapa? Ada orang sebut nama akak kot.", perli Puan Arissa. Haura tidak memebalas malahan mengusap dadanya yang agak pedih itu.

'Dah kenapa Pak Singa UK ni nak jumpa aku? Tiber lah.', bisik hati nurani Haura. Puan Arissa menola Haura agar mengikuti langkah Daiyan. Haura hanya akur dengan arahan Umminya.

Daiyan menuju ke bahagian kiri rumah di mana terdapat sebuah meja makan yang memuatkan sehingga 12 orang pada satu masa. Namun langkah Daiyan bukan sahaja berhenti di situ, dia berjalan ke arah langsir berwarna unggu lavender lalu membuka langsir tersebut dan menampakkan sebuah kolam yang agak besar.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now