ميلنكوليك

110 9 0
                                    

🎥

Pegangan ini tidak akan kuat,

Tangan yang kekar bakal berkedut,

Genggaman pagan bakal hilang,

Belaian lembut akan mula kasar.

Sedikit masa lagi,

Rindu bakal otoritasi hati,

Biarpun menerima dengan rela hati,

Sakit itu pasti dirasai.

Kebahagiaan mu mencorakkan senyumanku,

Kesedihan mu menatah dukaku,

Kau bukan beban hidupku,

Tetapi kau nadi jiwaku.

Setiap hembusan menandakan pendeknya masa berbaki,

Satu jam?
Dua tahun?
Tiga dekad?

Tiada siapa ketahui,

Hanya bekalan yang aku mampu sediakan,

Baik untuk mu dan untuk ku.

Kesempurnaan tidak berpihak dalam sejarah mu barangkali,

Tetapi jangan tangisi akan kekurangan,

Sedang banyak lagi nikmat yang mampu kau rasai,

Hilang satu diganti lain.

~~~~~~~~~~

"Walaupun yang baru tidak sama dengan yang lama tetapi ianya baik untuk mu. Maafkan diriku kerana tidak mampu..........

Bidadari Mu

[Dhoes dukung Harraz semasa di Aeon Station 18

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Dhoes dukung Harraz semasa di Aeon Station 18. Haura yang tangkap gambar mereka semasa nak ke kedai bayi sebab Harraz comel sangat ]

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now