ماور ماوده

132 10 0
                                    

(Jari Mawar dalam sesi berinai)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Jari Mawar dalam sesi berinai)

Seawal jam 0800 pagi, rumah Puan Azura sudah dikerumuni dengan sanak-saudara daripada pihak lelaki mahupun perempuan.

Saudara mara Luthfan tidak berapa ramai kerana ini hanyalah sesi berinai. Hanya kakak Puan Maryam bersama anak perempuannya dan kakak serta adik perempuan Encik Ilyas.

Walaupun begitu, saudara mara Mawar agak ramai daripada Kedah, Selangor dan Kelantan. Memang pada majlis berinai akan lebih ramai perempuan berbanding lelaki.

Kakak saudara kembar Mawar turut hadir bersama suami mereka. Tidak lupa juga kakak saudaranya yang sedang mengandung 5 bulan. Agak meriah pada pagi itu.

Jari Mawar diinai oleh Mak Chu iaitu mak saudara Luthfan. Pada bahagian jari sudah cukup kemas dia lakukan sampai  pada bahagian ukiran, lebih cantik walaupun ringkas.

Tidak ketinggalan juga Haura Ibtisam iaitu sahabatnya yang turut hadir untuk menyambut hari-hari bahagia yang bakal tiba. Mawar lihat Haura mendukung Harraz sambil berkenalan dengan beberapa orang saudaranya.

"Comelnya! Awak apa nama?", soal Kak Izyan yang sedang mengandung itu sambil mencuit sedikit pipi Harraz yang tembam.

"Nama saya Harraz Ibad, Kak Yan.", jawab Haura mewakili Harraz yang sedang mencelik matanya melihat persekitaran. Ramai pula hari ini.

"Mawar! Hang tak bagi tau pun kawan hang kawen. Dah ada anak dah.", ujar Kak Izyan daripada jauh. Mawar tidak mendengar namanya disebut kerana sibuk dengan sesiapa berinai.

"Harraz anak angkat Haura. Haura yang ambil Harraz untuk jadikan anak angkat.", jawab Haura sambil membetulkan dukungan Harraz. Dia sudah agak pandai bergerak demi melihat apa yang dimahukan.

Kak Izyan yang mendengar jawapan Haura membuat bentuk 'O' pada bibirnya.

"Haura bagi susu badan ke formula?", soalnya lanjut.

"Bulan pertama susu formula. Masuk bulan ke-2, Haura bagi susu badan.", jawab Haura dengan tenang. Dia tidak kisah jika orang akan memandang serong, janji Harraz Ibad tidak diusik kegembiraan yang diperolehi sekarang.

"Masyaallah.... Haura sebaya Mawar kan? Sanggup jaga baby yang kecil ni, susu badan pula tu. Harraz, besar nanti jadi anak soleh ya.", ucap Kak Izyan diiringi doa. Dia mengusap ubun-ubun Harraz lalu menciumnya.

"Bijahinnabiy aamiin. Walaupun besar kemungkinan Harraz akakmn membesar tanpa ayah, akak doakan saya kuat. Semoga doa yang baik berbalik kepada akak juga.", amin Haura bersama ucapan kembali.

"Lagi 4 bulan akak pula yang akan jadi macam Haura. Elok je Harraz ni dengan Haura. Mak usia 22 tahun jaga dia, elok je ha. Akak nanti tak tahu lah. Ambil nafas dulu.", ujar Kak Izyan. Dia mengusap berutnya yang memboyot dengan kandungan 5 bulan itu. Khabarnya, bayi dalam kandungan ialah perempuan.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now