Pil

130 14 0
                                    


DERINGAN pada telefon pintar mengejutkan Haura lalu dia segera menutup supaya tidak mengganggu tidur Harraz. Getah rambut yang diletakkan pada lengan ditarik untuk mengikat rambutnya.

Seraya itu doa bangun tidur dibaca.

" اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ"

Perut tangan diraup pada muka dan segera ke bilik air untuk membersihkan diri. Lena sungguh Harraz tidur di atas katil, sedikit gangguan pun tiada buat Harraz.

Seusai mandi, dia mendirikan solat tahajjud dua rakaat. Sedang dia solat, Harraz mula merengek. Kemungkinan dia lapar. Maka, Haura mempercepatkan solatnya.

Telekung Jubah Fatimah pemberian Najwa memudahkan pergerakan Haura. Harraz yang mula merengek dibawa rapat ke dada. Zikrullah perlahan dibaca pada telinga Harraz sambil kaki berjalan ke dapur untuk membancuh susu.

Disebabkan telekung jubah itu berlengan maka Haura membuka bahagian ring bagi memastikan telekungnya tidak basah. Harraz di dalam dukungan di sandarkan pada bahunya. Rancak tangannya bergerak membancuh susu.

"Shu shu shu.... Anak Ummi lapar ya. Sabar ya sayang.", lembut suara Haura memujuk Harraz yang sedang bersandar pada bahunya. Rengekkan sudah berhenti tetapi mukanya yang putih menunjukkan kemerah-merahan tangisan.

Haura menggoncang botol susu dan menyuapkan kepada bibir munggil Harraz yang kecil itu.

"Bismillahirrahmaanirrahim."

"Ya Allah... Comelnya anak Ummi ni. Minum susu pun tutup mata. Mesti mak ayah Harraz cantik dan hensem orangnya.", ujar Haura dengan senyuman sambil melihat Harraz yang sedang seronok menghisap susu.

Setelah itu, azan Subuh berkumandang. Harraz diangkat dan disandarkan pada bahu. Bahunya dilapik dengan napkin supaya muak Harraz tidak mengotori telekungnya.

Habis menyendawakan Harraz, dia naik ke atas untuk mendirikan solat Subuh. Harraz dibawa bersama supaya perhatian dapat diberikan.

Najwa dan Jasumah yang berada di bilik memerhati sahaja pergerakan Haura. Membunga hati mereka apabila melihat kasih yang Haura berikan kepada Harraz meskipun bukan anak sendiri.

"Aku nak saja tangkap gambar Haura dengan Harraz senyap-senyap. Buat video comel-comel dan post dekat TikTok aku. Mesti masuk fyp. Sumpah comel.", ujar Najwa dengan mukanya yang bersinar. Adalah tu idea yang sedang bermain difikirannya.

"Ye weyh. Aku tengok 3D pun aku dah melting, tengok pula Haura layan lagi melt. Kau tahu, aku tengok Haura layan semua anak-anak ni macam anak sendiri. Umur baru 22 tahun tapi macam mak orang. Untung siapa dapat Haura. Pandai pun pandai. Solehah pun solehah.", sokong Jasumah. Dua sahabat ini sudah bangun sejak Jam 0550, jadi tidak pelik jika mereka menjadi CCTV.


 Dua sahabat ini sudah bangun sejak Jam 0550, jadi tidak pelik jika mereka menjadi CCTV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now